Pocong Bintulu Di Bulan Ramadhan

Pocong Bintulu Di Bulan Ramadhan

Pocong Bintulu Du Bulan Ramadhan

KEMUNCULAN ‘Pocong Bintulu’ yang menghantui pengguna Jalan Sultan Iskandar, Bintulu sejak kebelakangan ini terbongkar susulan penemuan beberapa set telekung wanita disembunyikan di bahu jalan berkenaan.

Rakaman amatur sempat dirakam seorang pemandu kereta pada 7 malam semalam sebelum dimuatnaik ke laman sosial Facebook menjadikannya tular dalam kalangan netizen.

“Kebetulan saya dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan laluan berkenaan apabila tiba-tiba muncul satu objek menyerupai pocong di tepi pokok besar sebelum hilang.
“Mulanya memang rasa terkejut dan sedikit takut, namun saya yakin ia bukan pocong seperti yang kecoh diperkatakan, sebaliknya perbuatan budak nakal,” katanya yang enggan namanya didedahkan.

Difahamkan, kumpulan budak dipercayai berusia antara 7 hingga 9 tahun itu pernah dikejar pengguna lalu lintas, namun mereka pantas meloloskan diri.

Ia kemudian membawa kepada penemuan beberapa set telekung ditinggalkan di lokasi berkenaan.
BUDAK nakal sering menyamar menjadi Pocong Bintulu di kawasan Batu 5, Jalan Sultan Iskandar, Bintulu. Gambar kecil, telekung yang ditemui ditinggalkan 


Katanya, kegiatan menyamar sebagai pocong itu pernah menyebabkan berlaku kemalangan di lokasi berkenaan kerana pengguna lalu lintas terkejut dengan kemunculan objek berkenaan.

“Setakat ini, kumpulan kanak-kanak itu belum berjaya ditangkap. Namun, kita berharap mereka menghentikan perbuatan itu kerana boleh membahayakan keselamatan pengguna lalu lintas, begitu juga diri mereka,” katanya

Post a Comment

0 Comments