Kisah Artis Dunia Cabut Nyawa Sendiri

Kisah Artis Dunia Cabut Nyawa Sendiri

Kisah Artis Dunia Cabut Nyawa Sendiri


Populariti mahupun kekayaan tidak akan pernah dapat membeli kebahagiaan mahupun ketenangan yang diimpikan. Setiap tahun pasti peminat akan dikejutkan dengan kematian selebriti kesayangan mereka.
Ada yang sanggup membunuh diri dengan terjun dari bangunan, ada juga yang berani menamatkan riwayat dengan menggantung diri mahupun ditemui maut kerana pengambilan dadah berlebihan.

Semua itu dilakukan kerana tidak lagi dapat mengawal tekanan dan kemurungan yang dialami. Oleh itu, mereka memilih jalan singkat menamatkan depresi dengan bunuh diri.



Kita mungkin tidak sedar, ada individu di sekeliling yang memerlukan teman sejati untuk meluahkan perasaan mahupun sokongan agar terus kuat berhadapan dengan depresi.
Hakikatnya, masalah mental ini sangat kritikal dan seharusnya kita lebih peka agar dapat memberikan bantuan yang sewajarnya terhadap golongan ini.

1. MARYLIN MONROE
Sehingga ke hari ini, Marylin masih dijadikan inspirasi atas kejayaan dan bakatnya sebagai pelakon, model dan penyanyi. Selebriti yang berasal dari Amerika Syarikat ini turut diangkat sebagai simbol seks di Hollywood.
Dilahirkan pada 1 Jun 1926, Marylin membesar di rumah anak yatim dan berkahwin pada usia 16 tahun. Dia memulakan langkah dalam bidang seni sebagai model pada 1944.
Dua tahun kemudian, Marilyn mengikat kontrak dengan Twentieth Century-Fox selama setahun dan kemudian berada di bawah pengurusan Columbia Pictures pada 1948.
Pada 1953, Marylin antara pelakon yang cemerlang dan sering menjadi pilihan pengarah mahupun penerbit. Dia menjadi watak utama dalam filem Niagara, Gentlemen Prefer Blondes dan How To Marry A Millionaire.
Pada 5 Ogos 1962, Marylin membunuh dirinya pada usia 36 tahun dengan mengambil dadah jenis babiturat secara berlebihan. Doktor mengesahkan wanita itu membunuh diri kerana masalah depresi.

2. KURT COBAIN
Dilahirkan pada 20 Februari 1967, pemilik nama sebenar Kurt Donald Cobain membentuk kumpulan Nirvana bersama Krist Novoselic dan Aaron Burckhard sekitar 1987.
Menerusi album Smells Like Teen Spirit, Nirvana terus kukuh di persada seni suara tidak hanya di Amerika Syarikat tetapi juga mencipta nama di seluruh dunia.
Sebelum membunuh diri, Cobain berjuang melawan ketagihan dadah jenis heroin serta masalah kesihatan kronik dan depresi. Cobain mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan populariti diraihnya.
Pada 8 april 1994, Cobain ditemui mati dalam keadaan tragis. Dia menembak kepalanya dengan selaras senapang. Penyanyi kegemaran ramai ini meninggal pada usia 27 tahun.

3. AMY WINEHOUSE
Penyanyi Amy Jade Winehouse atau Amy Winehouse pernah memenangi tiga Ivor Novello Awards menerusi British Academy of Songwriters, Composer and Authors pada 2004.
Dia juga penyanyi wanita British pertama yang memenangi lima Anugerah Grammy. Amy tidak hanya memiliki vokal yang memukau tetapi juga berbakat sebagai penulis lirik.
Amy membeli gitar sendiri pada usia 14 tahun. Setahun kemudian, dia mula menulis lagu. Amy pernah bekerja sebagai wartawan hiburan di World Entertainment News Network selain menyanyi bersama kumpulan Bolsha Band.
Menjalani kehidupan getir, Amy sebenarnya pernah cuba membunuh diri pada usia 10 tahun. Perkara itu diceritakan sendiri oleh Mitch Winehouse, bapa kepada penyanyi terkenal itu.
Amy kemudian terjerumus dalam masalah ketagihan alkohol dan dadah hingga akhirnya gaya hidup itu meragut nyawanya pada 23 Julai 2011.

4. ROBIN WILLIAMS
Pelawak sering membuat orang lain terhibur dengan telatah lucunya namun menyimpan seribu emosi yang dia sendiri tidak dapat luahkan.
Pelakon dan pelawak Robin Williams pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Grammy 1997. Dia pernah berlakon dalam Popeye, Good Morning Vietnam, Dead Poets Society, Aladdin, The Birdcage dan Good Will Hunting.
Dilahirkan pada 21 Julai 1951, Williams memulakan kerjaya sebagai pelawak dalam rancangan komedi ‘stand-up’ pada pertengahan 1970 di San Francisco. Williams kemudian berpindah ke Los Angeles dan masih meneruskan kariernya di beberapa kelab termasuk Comedy Club.
Williams berkahwin dengan Valerie Velardi pada Jun 1978. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki pada 1983 dan kemudian berpisah pada 1988.
Pada 30 April 1989, Williams sekali lagi berkahwin dengan Marsha Garces. Mereka mempunyai dua anak iaitu Zelda Rae dan Cody Alan. Bagaimanapun, rumah tangga mereka tidak bertahan lama. Masing-masing membawa haluan sendiri pada 2008 dan sah bercerai dua tahun kemudian. Williams berkahwin buat kali ketiga dengan Susan Schneider pada 2011.
Bintang terkenal itu disahkan menghidap Parkinson. Tidak dapat menerima kenyataan, Williams ditemui mati menggantung diri menggunakan tali pinggang pada 11 Ogos 2014. Williams meninggal dunia pada usia 63 tahun.

5. CHESTER BENNINGTON
Kematian Chester Bennington cukup memberikan kesan kepada peminat kumpulan Linkin Park di seluruh dunia. Harapan mereka untuk melihat Linkin Park kembali aktif musnah apabila penyanyi itu ditemui mati dengan menggantung diri pada 20 Julai 2017.
Pada usia tujuh tahun, Bennington pernah menjadi mangsa dera seksual. Keadaan itu berterusan sehingga usianya mencecah 13 tahun. Dia tidak berani menceritakan kejadian itu kerana bimbang dituduh gay atau sengaja mereka-reka cerita.
Bennington mula minum arak dan menghisap dadah pada usia 11 tahun ketika berada di bawah jagaan bapanya. Bagaimanapun, ketika berusia 17 tahun, Bennington tinggal dengan ibunya dan pergerakannya sering dipantau.
Bennington berjaya meninggalkan tabiat buruk itu namun sekali lagi ketagih minuman keras ketika siri jelajah Linkin Park. Bagaimanapun, pada 2011 dia pernah memberikan kenyataan untuk tidak kembali pada zaman gelapnya.

6. KIM JONG-HYUN
Lebih diikenali sebagai Jong-Hyun, dia seorang anggota kumpulan Shinee namun memulakan karier solo bermula Januari 2015. Jejaka itu mula berkecimpung dalam dunia nyanyian pada usia 15 tahun.
Jong-Hyun pernah berhenti belajar kerana ingin memberikan tumpuan pada bidang muzik. Bagaimanapun, dia kemudian berjaya menempatkan diri sebagai mahasiswa di Universiti Chungwoon.
Dia kemudian dipindahkan ke Universiti Myongji atas sebab tertentu. Nekad meneruskan pelajaran, Jong-Hyun berjaya menamatkan kuliah dalam Sarjana Perfileman dan Muzik.
Disember 2017, Jong-Hyun menyewa sebuah apartment di Cheongdam-dong, Gangnam. Pada 18 Disember 2017, kakak Jong-Hyun membuat panggilan kecemasan kerana percaya Jong-Hyun membunuh diri berdasarkan kiriman mesej menerusi aplikasi Kakaotalk.
Jong-Hyun ditemui tidak sedarkan diri. Dia dibawa ke Hospital Universiti Kunkok namun tidak berjaya diselamatkan. Hasil siasatan mendapati penyanyi itu meninggal dunia kerana terhidu asap tebal.
Ia berdasarkan hasil penemuan arang yang sedang terbakar ketika pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

7. JIAH KHAN
Nafisa Rizvi Khan atau Jiah Khan pernah berlakon dalam filem Nishabd, Ghajini dan Housefull. Jiah dilahirkan pada 20 Februari 1988 dan membesar di New York, Amerika Syarikat.
Menerusi filem pertama iaitu Nishabd, naskhah itu gagal mencuri perhatian. Bagaimanapun, Jiah mendapat pujian dan komen positif kerana berjaya melakonkan wataknya dengan baik.
Selepas berlakon dengan Amitabh Bachchan dalam Nishabd, Jiah kemudian berpeluang berganding dengan pelakon terkenal seperti Amir Khan, Shahid Kapoor, Arjun Rampal, Deepika Padukone dan Lara Dutta.
Pada 3 Jun 2013, Jiah ditemui mati menggantung diri pada kipas siling. Beberapa hari selepas kematiannya, kakak Jiah menemui surat yang ditinggalkan Jiah sebelum membunuh diri.

8. LESLIE CHEUNG
Selebriti ini popular sekitar era 80-an tidak hanya dalam bidang nyanyian tetapi juga lakonan. Menerima pelbagai anugerah, antara pengiktirafan yang diterima oleh Cheung adalah Jade Solid Gold Best Ten Music Awards, Golden Needle Award, Hong Kong Film Award dan Venice Film Festival Award.
Bakatnya tidak hanya mendapat tempat di Hong Kong tetapi juga beberapa negara Asia lain seperti Taiwan, Singapura, China, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.
Dalam beberapa sesi temu bual bersama individu dekat dengan selebriti itu, Cheung dikatakan membesar dalam keluarga yang sering bergaduh. Dia dibesarkan oleh neneknya.
Anak bongsu daripada 10 beradik itu pernah mengakui ketiadaan ibu bapa di rumah memberikan kesan paling besar dalam hidupnya hingga menyebabkan depresi.
Meninggal dunia pada usia 46 tahun, Cheung mengambil keputusan membunuh diri pada 1 April 2003 dengan terjun dari tingkat 24 hotel Mandarin Oriental.

9. LEE THOMPSON YOUNG
Young dilahirkan di Columbia, Amerika Syarikat pada 1 Februari 1984. Dia pernah membintangi filem The Hills Have Eyes 2, Just An American dan beberapa drama seperti The Guardian, Terminator: The Sarah Connor Chronicles, Rizzoli & Isles serta CSI: NY.
Young berpindah ke New York pada 1996 bagi mengembangkan karier lakonan. Selepas setahun, Young akhirnya berjaya membintangi The Famous Jett Jackson.
Drama itu dijadikan naskhah untuk Disney Channel Original Movie. Sekali lagi, Young diambil untuk berlakon dalam siri Johnny Tsunami yang juga karya milik Disney.
Ketika menjalani penggambaran satu episod Rizzoli & Isles, Young tiba-tiba tidak hadir ke lokasi penggambaran. Pihak produksi menghubungi polis dan meminta mereka memeriksa keadaan Young di rumahnya.
Dalam satu kenyataan rasmi, pengurusnya memaklumkan Young membunuh diri dengan selaras senapang. Young disahkan menghidap bipolar dan mengalami kemurungan sebelum bertindak sedemikian.

10. LUCY GORDON
Lucy pernah menjadi penghias muka depan majalah CoverGirl pada 1997 sebelum memulakan karier dalam bidang lakonan. Wanita itu buat pertama kali berlakon dalam filem Perfume dan berpeluang memegang watak kecil dalam Spiderman 3, Serendipity dan The Four Feathers.
Antara lakonan hebat Lucy apabila menjiwai watak penyanyi dan pelakon, Jane Birkin dalam filem biopik Serge Gainsbourg. Lucy menerima pujian atas lakonan berkesannya.
Walaupun kerjayanya semakin kukuh, Lucy ditemui mati menggantung diri dua hari sebelum sambutan hari jadinya yang ke-29. Dia sempat menulis surat ditujukan khas buat kedua-dua ibu bapanya.
Pada 19 Mei 2009, Lucy dipercayai sempat menulis wasiat mengenai pembahagian harta untuk rakannya, Almeras, ibu bapanya dan adiknya, Kate.

Post a Comment

0 Comments