SIASATAN mendapati, Anthony Bourdain telah menggantung dirinya dengan tali jubah mandi di bilik air hotel penginapannya di Perancis.
Menurut pendakwaraya Christian De Rocquigny, tiada ada elemen yang membuktikan ada individu lain memasuki biliknya sebelum kejadian.
Pakar perubatan turut merumuskan tidak ada tanda pergelutan mahupun keganasan pada tubuh Bourdain.
Ujian toksik telah dibuat termasuk ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada Bourdain ada mengambil sebarang ubat.
a bagi membantu anggota keluarganya memahami sama ada wujud unsur yang mendorong Bourdain untuk membunuh diri.
Chef selebriti popular berusia 61 tahun itu ditemui mati pada Jumaat.
0 Comments