Nasib Malang Puteri Raja Jepun, Mako Setelah Berkahwin Dengan Rakyat Biasa

Nasib Malang Puteri Raja Jepun, Mako Setelah Berkahwin Dengan Rakyat Biasa

 Nasib Malang Puteri Raja Jepun, Mako Setelah Berkahwin Dengan Rakyat Biasa


Setelah bertahun-tahun kontroversi dan tentangan daripada beberapa rakyat jelata, anak perempuan Maharaja Jepun, Puteri Mako, tetap melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya yang merupakan warga negara biasa, Kei Komuro, hari ini, Selasa (26/10).


Tidak seperti ahli keluarga empayar Jepun yang lain, perkahwinan Mako akan diadakan dengan sangat sederhana. Mereka tidak akan mengadakan majlis perkahwinan, resepsi, dan upacara lain.



Tidak Menerima Hadiah Perkahwinan

Seperti yang dilaporkan AFP, Mako tidak akan menerima sebarang hadiah perkahwinan dalam bentuk wang daripada empayar. Badan Pimpinan Imperial menyatakan bahawa wang yang ditolak berjumlah 153 juta yen, bersamaan dengan RM 5.5 Juta.


Selain itu, Puteri Mako juga akan kehilangan gelaran empayarnya selepas mendaftarkan perkahwinannya dengan Komuro ke pejabat pendaftaran awam.


Terpaksa Meninggalkan Keluarga Diraja

Puteri Mako juga terpaksa meninggalkan keluarga diraja apabila dia berkahwin dengan orang biasa. Takhtanya hanya boleh diserahkan kepada ahli lelaki keluarga diraja.


Tidak Boleh Mewarisi Takhta



Selain itu, anak perempuan ahli keluarga diraja yang berkahwin dengan orang biasa juga tidak boleh mewarisi takhta.


Bakal Berpindah Ke Amerika Syarikat

Puteri Mako dan Komuro dilaporkan merancang untuk berpindah ke Amerika Syarikat selepas perkahwinan mereka. Kisah mereka sering disamakan dengan pasangan kerabat diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle.


Sehingga kini, tidak diketahui sama ada Mako akan bekerja di AS atau tidak. Dia sendiri sedang menuntut dalam bidan seni dan warisan budaya di Universiti Kristian Antarabangsa di Tokyo, di mana bertemu Komuro. Puteri Mako juga menghabiskan masa setahun di Universiti Edinburgh. Selepas itu, beliau mengambil ijazah sarjana dalam Pengajian Muzium di Universiti Leicester, England.


Difahamkan kesan dari kontroversi berkahwin dengan orang biasa, Mako dilaporkan mengalami tekanan mental. Pasangan itu juga menangguhkan perkahwinan mereka.


Pada 2018, Komuro berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk menyambung pengajian undang-undangnya, satu langkah yang dilihat sebagai cara untuk mengelak perhatian orang ramai. Dia baru pulang ke tanahair bulan lalu dan menarik perhatian masyarakat di Jepun kerana tampil dengan gaya rambut bersanggul.

Post a Comment

0 Comments