Di Kerat Di Rebus Roh Man Yee Merayau Dalam Apartment

Di Kerat Di Rebus Roh Man Yee Merayau Dalam Apartment

Di Kerat Di Rebus Roh Man Yee Merayau Dalam Apartment

 Kisah ini antara kes pembunuhan yang tragis di Asia pada penghujung 1990-an. Ia bermula pada Mei 1999, apabila seorang gadis datang ke balai polis Tsim Sha Tsui, Hong Kong, dengan keadaan yang tidak terurus.

Gadis yang hanya dikenali sebagai Ah Fong itu baru berusia 14 tahun. Dia datang membuat pengakuan tentang satu jenayah kejam yang tidak mungkin terungkai jika tidak kerana roh mangsa datang mengganggunya.

Kata gadis ini, setahun yang lalu, dia membantu teman lelakinya menyeksa dan membunuh kejam seorang wanita. Dan roh wanita yang dibunuh itu telah mengganggunya membuatkan gadis itu tampil ke balai.

Pada mulanya, polis tidak percaya dengan cerita gadis itu. Namun, setelah mereka datang ke sebuah rumah di tingkat tiga perumahan kos rendah di tengah-tengah bandar Tsim Sha Tsui, polis menemui sesuatu yang mengejutkan, membongkar satu pembunuhan yang sudah setahun disembunyikan. Juga bukti pembunuhan, antaranya keratan tubuh badan mangsa yang disorokkan di dalam apartmen tersebut.

Penemuan paling mengejutkan ialah tengkorak mangsa yang telah dijahit dalam sebuah patung duyung ‘Hello Kitty’ yang bersaiz sederhana besar.

Dilayan seperti binatang

Mangsa penyeksaan dan pembunuhan kejam tersebut adalah seorang wanita yang dikenali sebagai Fan Man Yee, berusia 23 tahun dan bekerja sebagai pelayan kelab malam di sekitar bandar tersebut.

Fan Man Yee, wanita malang yang disiksa kejam hingga mati.

Mengikut cerita Ah Fong, Man Yee mempunyai hubungan dengan Chan Man Lok, salah seorang penjenayah yang membunuhnya. Mereka berhubungan sejak tahun 1997 sebelum berpisah.

Sebelum itu, Man Yee telah mencuri sejumlah wang daripada dompet Man Lok sewaktu kali terakhir mereka bertemu. Walaupun wanita itu kemudiannya telah membayar semula wang tersebut berserta dengan bunganya, Man Lok masih tidak berpuas hati.

Pada 17 Mac 1999, Man Lok mengarahkan dua orang rakan subahatnya iaitu Leung Shing Cho, 27, dan Leung Wai Lun, 21 tahun,  untuk menculik Man Yee. 

Pada asalnya, Man Lok merancang untuk memaksa bekas kekasihnya itu melacur. Namun, rancangan itu gagal kerana setelah Man Yee dipukul dan diseksa, tiada orang yang mahu datang kepada pelacur yang penuh dengan kesan cedera dan lebam pada wajah dan tubuhnya.  

Akhirnya, ketiga-tiga lelaki yang sentiasa berada di bawah pengaruh dadah itu bertindak menyeksa dan memukul Man Yee hampir setiap masa.

Ah Fong yang ketika itu merupakan kekasih Man Lok menjadi saksi perbuatan kejam mereka terhadap wanita itu.

Man Yee yang juga ibu kepada seorang anak lelaki melalui pelbagai jenis seksaan. Dia dipaksa untuk ketawa setiap kali dirinya dipukul. Jika enggan, dia akan dibelasah lebih teruk. Bahagian dapur apartmen tersebut dijadikan gelanggang untuk menyeksa wanita malang itu.  

Chan Man Lok (kiri) dan salah seorang orang suruhannya yang menyiksa kejam Man Yee hingga mati.

Setiap peralatan di dapur dijadikan senjata untuk menyeksa.  Mereka membakar straw dan plastik dan lelehannya yang panas dititiskan pada kaki Man Yee sehingga kulitnya menggelupas.

Apabila bosan membakar, tiga lelaki itu akan memukul menggunakan kayu. Ada kalanya Man Yee dibelasah dengan batang paip dan besi. Kemudian, minyak cili akan dicurahkan atas luka-luka pada badannya sehingga wanita itu meraung kesakitan.

Tidak cukup dengan itu, mereka bertiga sering kencing pada wajah Man Yee dan memaksa wanita itu menelan urin mereka. Bahkan, mereka memaksa wanita itu untuk memakan najis.

Ketika memberi penerangan di mahkamah, Ah Fong mengaku dia tidak berniat untuk turut sama menyeksa Man Yee. Tetapi, Man Lok sering mengajak kekasihnya itu bersama tatkala mereka menyeksa Man Yee. Disebabkan itu Ah Fong juga turut serta kerana ingin tahu apa rasanya bila menyeksa orang lain.

Fan Man Yee merupakan ibu seorang anak, disiksa kejam sehingga menemui ajal.

Kadangkala, mereka akan menggunakan wayar elektrik untuk mengikat dan menggantung Man Yee sebelum wanita itu diperlakukan seperti patung dan dipukul menggunakan kayu atau besi. Apabila sudah bosan, barulah mereka berhenti dan gadis itu dibiarkan tergantung semalaman menanggung kesakitan.

Di hujung hayatnya, Man Yee sering kali dibiarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri, sama ada digantung ataupun terbaring di atas lantai dapur sementara si penyeksanya bermain permainan video.

Selepas hampir sebulan menanggung derita, akhirnya Man Yee mati di lantai dapur. Ah Fong menyedari wanita itu sudah tidak lagi bernyawa dan memberitahu kematiannya kepada Man Lok. 

Tubuh dikerat, direbus

Ah Fong menceritakan pada mahkamah bagaimana mereka berempat meninggalkan mayat Man Yee terbiar di atas lantai dapur selama beberapa hari, hanya kerana mereka buntu dan tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan mayat tersebut.

Setelah tiga hari terbiar, barulah Man Lok mengarahkan dua rakannya untuk mengangkat mayat Man Yee yang sudah berbau ke dalam bilik mandi. Di situlah, mayat gadis itu dikerat-kerat.

Kepalanya direbus untuk menanggalkan isi daripada tengkorak. Bahagian dalaman perut pula disimpan dalam peti sejuk. Kaki dan beberapa bahagian badan yang lain direbus dan diberi makan pada anjing liar.  

Manakala tengkorak Man Yee, mereka masukkan ke dalam patung Hello Kitty. Patung berbentuk duyung sederhana besar itu menjadi bukti utama apabila menyimpan serpihan ‘kepala’ wanita malang itu.

Tengkorak Man Yee disimpan dalam patung Hello Kitty ini.

Walaupun hampir kesemua anggota badan Ah Map telah dilupuskan, hasil siasatan polis menemui beberapa serpihan tubuh Man Yee yang bersepah di dalam pangsapuri tersebut dengan bantuan Ah Fong.  

Selepas dibicarakan, ketiga-tiga lelaki itu  dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan menyiksa Man Yee. Orang ramai mempersoalkan hukuman tersebut kerana dianggap terlalu ringan dibandingkan dengan jenayah kejam yang telah dilakukan mereka. Namun, pihak penghakiman memberikan alasan bahawa ketiga-tiga lelaki itu menyeksa Man Yee tanpa sedar kerana berada di bawah pengaruh dadah. Ah Fong pula dibebaskan kerana pengakuannya yang telah membawa kepada penemuan mayat Man Yee.

Selepas pembongkaran jenayah kejam itu, dikatakan bangunan apartmen tersebut dihantui roh Man Yee yang tidak tenang. Ramai individu pernah datang ke apartmen itu dan cuba untuk ‘berhubung’ dengan roh wanita itu. Ramai juga yang mendakwa pernah melihat bayangan Man Yee dan rohnya sering kelihatan berlegar di dalam rumah tersebut terutama di bahagian dapur, tempat di mana dia diseksa selama sebulan sebelum menemui ajal.

Apartment yang menjadi lokasi Man Yee disiksa hingga mati.

Sejak itu juga, penghuni di bangunan itu kian berkurangan. Ramai orang yang berpindah keluar. Tiada yang berani untuk menyewa atau tinggal di bangunan tersebut kerana gangguan yang sering mereka alami. Akhirnya, bangunan apartment itu diruntuhkan pada tahun 2012.

Kisah pembunuhan Fan Man Yee merupakan antara kes yang paling tragis dan kejam pernah dicatatkan pada tahun 1990-an dulu.       

 

Post a Comment

0 Comments