Rakaman Menggerunkan Saat Pesawat PIA Terhempas Menjelang Aidilfitri

Loading...
Rakaman Menggerunkan Saat Pesawat PIA Terhempas Menjelang Aidilfitri
KARACHI: Rakaman CCTV dari sebuah bangunan berhampiran, menunjukkan dengan jelas saat-saat terakhir sebelum pesawat Airbus A320 milik Pakistan International Airline (PIA) terhempas ketika cuba mendarat di sini semalam.
Dari rakaman tersebut, boleh diandaikan pesawat dalam kedudukan bersedia untuk mendarat tetapi seakan kehilangan kuasa sebelum sempat sampai ke landasan.
Laporan mengatakan kapten pesawat sempat membuat panggilan kecemasan tentang kegagalan enjin sebelum pesawat itu jatuh.
107 penumpang dan anak kapal disahkan terkorban dalam kejadian petang semalam waktu tempatan.
Nasib Malang Pesawat Pakistan International Airlines Menjelang Eidulfitri.
Lahore Pakistan | 22 Mei 2020
Laporan awal kemalangan kapal terbang PIA menyebut bahawa sekawan burung yang bertembung dengan pesawat dan memasuki bahagian enjin menyebabkan sebahagian enjin terbakar.
Pesawat membawa 99 penumpang bersama lapan anak kapal terbakar hangus di kawasan perumahan.
Pesawat yang malang itu berlepas dari Lahore pada pukul 1:10 petang. Sebaik memasuki Karachi pada pukul 2:33, juruterbang Sajjad Gul memberitahu kawalan lalu lintas udara bahawa
salah satu enjin pesawat berhenti.
Juruterbang menyebut "Mayday" sebanyak empat kali sebelum hubungan dengan menara kawalan terputus.
Pesawat Airbus 320 itu kemudiannya menggelongsor di atas bangunan sebelum terhempas dan terbakar di kawasan perumahan. Beberapa penduduk diberitakan terkorban.
Dua penumpang yang terselamat kerana melompat keluar dari pesawat sebelum terhempas. Keadaan mereka stabil. Salah seorangnya ialah Presiden Bank of Punjab.
Usaha menyelamat sedang diteruskan.

sumber SuaraTV
loading...

Post a comment

0 Comments