Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh

Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh

Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh
KETIKA ini kecoh mengenai peserta yang menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Jamek Sri Petaling di ibu negara pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu, selepas dua individu yang menyertainya didapati positif Covid-19.
Turut hangat diperkatakan apabila butiran peribadi seorang warga emas berusia 60 tahun yang juga rakyat Malaysia, tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Bercakap kepada mStar, anak kepada lelaki yang kini sedang dirawat di sebuah hospital di Kuantan, Pahang mengakui menyedari penyebaran maklumat tersebut.
Wanita berusia 34 tahun itu bagaimanapun berasa amat kesal kerana percaya perbuatan itu dilakukan individu tidak bertanggungjawab.
“Saya stres sekarang, banyak panggilan dan mesej yang saya terima termasuk daripada orang yang tidak dikenali selepas maklumat sulit termasuk nombor telefon saya dan adik lelaki tersebar.
“Ya, memang betul ayah saya disahkan positif Covid-19. Saya kesal maklumat sulit ni disebarkan kepada umum... sepatutnya doakan ayah sembuh,” katanya yang enggan dikenali itu kepada mStar sambil menambah telah membuat laporan berhubung kebocoran maklumat tersebut.
Nombor talian CPRC.
Ibu kepada dua anak itu berkata, bapanya yang menetap di Bukit Tinggi di Bentong, Pahang menaiki motosikal seorang diri ke program tabligh di Kuala Lumpur.
“Pada Khamis minggu lepas (5 Mac), ayah beritahu dia demam dan batuk-batuk. Saya sepatutnya jumpa ayah pada hujung minggu.
“Tapi saya dapat tahu ayah kemudian dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Bentong pada Ahad selepas keadaannya semakin tenat,” katanya sambil menambah dia dan adik lelakinya melawat bapanya semasa dimasukkan ke hospital berkenaan.
Dia yang menetap di Banting, Selangor terkejut apabila menerima berita mengenai bapanya disahkan positif Covid-19.
“Ayah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada Isnin (9 Mac) dan semalam iaitu 11 Mac, kira-kira pukul 12 tengah hari, saya dapat panggilan daripada doktor yang mengesahkan ayah positif Covid-19.
Bila terima berita tu, saya memang terkejut. Tak sangka ayah terkena jangkitan Covid-19, dan dalam ramai peserta tu dia yang kena,” ujarnya namun reda dengan keadaan yang menimpa bapanya yang juga seorang bilal di sebuah masjid di Bukit Tinggi.
Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia dengan memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment) (PPE) bergerak memasuki zon merah untuk menghantar makanan kepada pesakit di bawah pengawasan (PUI) ketika tinjauan khas di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang menjadi pusat pemantauan. Foto Bernama
Suri rumah itu berkata, dia sekeluarga telah melakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Rabu dan kini melalui proses kuarantin selama 14 hari di rumah.
“Ayah kini dalam keadaan stabil dan dia berpesan minta kami doakan dia supaya cepat sembuh.
“Bagaimanapun saya kesal dengan penyebaran maklumat tentang kami sekeluarga. Saya minta semua pihak untuk berhenti menyebarkan maklumat berkenaan.
“Sebaliknya, doakanlah ayah kami agar sembuh seperti biasa. Dan saya sekeluarga juga berharap agar kami negatif Covid-19. Doakan kami, terima kasih,” katanya.

Bila terima berita tu, saya memang terkejut. Tak sangka ayah terkena jangkitan Covid-19, dan dalam ramai peserta tu dia yang kena

ANAK

Pesakit warga emas itu merupakan kes ke-131 yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mula mempunyai gejala demam, batuk serta selesema pada 4 Mac lalu.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut disahkan positif pada 10 Mac dan pesakit diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk Malaysia dengan penyertaan melebihi 5,000 orang.
Nombor talian pejabat kesihatan daerah.
Maklumat itu adalah berdasarkan kes positif yang disahkan Covid-19 di Brunei melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan kepada IHR FP Malaysia.
Pesakit pertama Covid-19 yang diuji positif di Brunei, pada Isnin lalu menghadiri perhimpunan di sebuah masjid di Sri Petaling dan terbang kembali dengan penerbangan AirAsia melalui Miri, Sarawak.
Susulan itu, KKM menasihatkan semua peserta program tabligh itu menghubungi pejabat kesihatan daerah dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Post a Comment

0 Comments