Usus boleh bocor, jika terlampau lapar Macam Kes Nora Anne

Usus boleh bocor, jika terlampau lapar Macam Kes Nora Anne

Usus boleh bocor, jika terlampau lapar Macam Kes Nora Anne

SHAH ALAM - Seseorang yang tidak menjamah makanan dalam tempoh lama boleh menjadi punca kepada kebocoran usus seterusnya berisiko mengundang maut.

Pakar Bedah Perunding Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Yik Yee Ian berkata, usus yang tidak menerima makanan dalam tempoh lama akan mewujudkan kehadiran asid yang tinggi sehingga boleh menyebabkan ulser perut.

“Ulser yang teruk pula boleh menyebabkan kebocoran usus dan membawa kepada ‘peritonitis’ iaitu jangkitan bakteria sama ada melalui darah atau organ perut yang lebih parah sehingga berlaku kejutan pada semua organ dan mengundang kesakitan sebelum membawa maut.

“Namun risiko tersebut bergantung pada individu dan status kesihatannya, antara punca berlaku usus bocor ini adalah akibat jangkitan, keradangan dan trauma.

“Kes melibatkan kanak-kanak yang alami usus bocor pula selalunya berpunca daripada masalah usus kongenital sejak lahir,” katanya kepada Sinar Harian.

Menerangkan sedikit mengenai usus bocor, Yik berkata, keadaan itu berlaku apabila terdapat lubang pada mana-mana bahagian usus yang boleh melibatkan perut, usus kecil atau usus besar.

“Ini bermakna mana-mana bahagian saluran gastrousus (usus) boleh mempunyai lubang di dalamnya.

"Sekiranya mengalami tanda-tanda sakit perut yang terlalu teruk, sebaiknya terus dapatkan rawatan doktor kerana mungkin salah satu tanda kebocoran usus yang boleh membahayakan nyawa,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di hutan di sini dan ditemukan mati pada Selasa, disahkan meninggal dunia disebabkan kebocoran usus mungkin akibat kelaparan dan stres.

Ia susulan hasil bedah siasat ke atas mayat Nora Anne yang jasadnya ditemui pada hari ke-10 operasi mencari dan menyelamat besar-besaran dilancarkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Post a Comment

0 Comments