Baru sambut ‘birthday’, pelajar Malaysia hilang nyawa jatuh pangsapuri gagal 5 subjek di Sydney

Baru sambut ‘birthday’, pelajar Malaysia hilang nyawa jatuh pangsapuri gagal 5 subjek di Sydney

Baru sambut ‘birthday’, pelajar Malaysia hilang nyawa jatuh pangsapuri gagal 5 subjek di Sydney:




Petang tadi kita dikejutkan dengan berita mengenai pemergian seorang penuntut Malaysia di Australia disebabkan terjatuh dari pangsapuri kediamannya di sana.

Pelajar lelaki yang dikenali sebagai Amirul Ashraff Md Azhar, 22 tahun dan berasal dari Taiping, Perak dilaporkan terjatuh pagi tadi dan perkara ini telah dimaklumkan oleh bapanya petang tadi.

Pelajar tahun akhir yang mengikuti Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University Technology Of Sydney ini sebenarnya baru sahaja menyambut hari lahir paga minggu lepas iaitu 30 Julai 2019.

                              
Menurut bapanya, Md Azhar Hasbullah, 48, menerusi sumber Berita Harian, anaknya ada menghubungi sebelum ini mengatakan dia gagal lima subjek pada semester lepas. Hal tersebut membuatkan dia terpaksa melakukan rayuan memandangkan Amirul Ashraff adalah seorang pelajar tajaan MARA.

“Dia (Amirul Ashraff) sudah mengemukakan rayuan kepada MARA, namun saya merasakan dia tertekan.

“Dia tidak menceritakan masalah lain selain gagal lima subjek berkenaan,” katanya.

Bapa kepada Amiruk juga berkata bahawa mereka sekeluarga masih menunggu sebarang kenyataan daripada pihak MARA berhubung perkara ini. Tambahnya, jenazah Amirul sedang diuruskan dan akan dikebumikan di Taiping Perak iaitu kampung halamannya.

                              
Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments