Wanita Buntu Kukunya Hilang Tiba-tiba

loading...
Loading...
Wanita Buntu Kukunya Hilang Tiba-tiba
SEORANG wanita buntu dengan penyakit misteri yang dihidapinya biarpun sudah berjumpa dengan semua bahagian pakar.



Andrea Calland,53, sehingga kini masih belum menerima jawapan terhadap penyakitnya apabila semua kuku tangan dan kakinya 'hilang'.
Ia bermula dengan salah satu kuku kakinya tercabut secara tiba-tiba.
Kukunya itu dibawa ke hospital untuk jalani ujian, namun ketika menunggu keputusan, kesemuanya 20 kukunya tercabut.
"Ia sangat memalukan. Cuba bayangkan seseorang melihat ke bawah dan nampak kuku kaki dan tangan seperti saya?'.
Andrea menunjukkan kuku tangan dan kaki yang hilang. Foto: Liverpool Echo
"Orang akan cakap 'adakah anda menggigit kuku itu?" atau "apa sudah jadi dengan kuku-kuku kamu?".
Ia sangat dahsyat."Saya tidak boleh pakai sandal atau ke mana-mana. Tidak ada wanita yang mahukan kuku seperti ini," katanya.
Sebelum ini Andrea didianogsis mengalami blefaristis (keradangan mata) yang menyebabkan semua jarinya kelihatan merah dan membengkak dan gatal di bahagian kelopak mata.
Ia tidak pasti sama ada kedua-dua situasi mempunyai kaitan terhadap penyakit yang dialaminya itu.
Andrea dari Watertree, Merseyside kecewa kerana sehingga kini masih belum mendapat tahu punca yang dialaminya ini. -metro.uk.co

Post a Comment

0 Comments