Video Warga Emas Makan Makanan Terbuang Cetus Rasa Hiba

loading...
Loading...
Video Warga Emas Makan Makanan Terbuang Cetus Rasa Hiba

Ketika kita sedang menikmati makanan dan minuman enak di rumah atau di restoran, ketahuilah ada orang lain di sekeliling kita yang hanya mengalas perut dengan memakan nasi kosong, biskut dan sebagainya.

Lebih teruk lagi, percaya atau tidak, ada insan yang terpaksa menikmati sisa juadah orang lain demi meneruskan hidup. Inilah yang terjadi kepada seorang warga emas dalam satu video yang menjadi tular di Facebook baru-baru ini.

Seorang lelaki yang sudah berusia telah dirakam sedang menggeledahkan sebuah tong sampah besar, bukan untuk mencari tin-tin kosong atau botol minuman, tetapi untuk mencari makanan untuk mengisi perut.

Foto: Facebook Ipoh 怡保Menurut pengirim video berkenaan, kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan berhampiran kawasan UTC Ipoh, Perak.
Melihat kepada ruangan komen dalam video tersebut, ramai pihak berminat untuk tampil membantu lelaki berkenaan tak kira bangsa dan warna kulit.

Sekiranya mereka benar-benar tampil membantu, maka penularan video ini oleh perakam dan pengirim pasti akan mencapai matlamatnya.
Diharapkan agar sifat terpuji ini dapat terus diterapkan dalam kehidupan masyarakat agar kita dapat hidup dengan lebih harmoni tanpa mengira agama dan bangsa.

Post a Comment

0 Comments