Pengetua madrasah rogol pelajar, dakwa dirasuk syaitan

Pengetua madrasah rogol pelajar, dakwa dirasuk syaitan

Pengetua madrasah rogol pelajar, dakwa dirasuk syaitan

DHAKA: Polis Bangladesh menahan seorang pengetua madrasah atas tuduhan memperkosa beberapa orang pelajarnya sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di Dhaka.

Kejadian jijik itu berlaku di sebuah madrasah yang terletak di pinggir bandar Dhaka yang dimiliki pengetua itu sendiri.

Memetik laporan protal AFP pada Sabtu, lelaki berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas perbuatannya dan mendakwa kejadian berlaku semasa dia dirasuk syaitan.

Tangkapan suspek itu bertitik tolak daripada aduan daripada seorang ibu tentang dakwaan anaknya yang berusia 10 tahun.

Sewaktu di rumah, wanita itu dan anaknya sedang menonton sebuah program mengenai isu serangan seksual di televisyen. Apabila anaknya memberitahu dirinya juga diperlakukan hal yang sama oleh suspek, wanita itu terkejut dan berang.

“Ibu mangsa datang membuat laporan di balai polis berkenaan kejadian yang menimpa anaknya. Kami kemudian menahan suspek,” kata Kolonel Kazi Samser Uddin.

Lelaki berkenaan kemudiannya mengaku perbuatannya dan memaksa pelajarnya yang masih bawah umur melakukan hubungan intim bersama.

“Kami mendapati bahawa suspek memperkosa dan mencabul sekitar 12 orang pelajar perempuan di madrasah itu,” tambah Uddin.

Post a Comment

0 Comments