Netizen Meluat Penyanyi Kaka Azraff Sibuk Tayang Perut

Netizen Meluat Penyanyi Kaka Azraff Sibuk Tayang Perut

NETIZEN: "MEGAH SANGAT LA DOK TAYANG PERUT TU MELUAT" - INI BALAS KAKA
Penyanyi Kaka Azraff yang kini sedang hamil enam bulan anak sulung itu menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik foto terbaru yang menunjukkan dirinya dan suami, Adam Azriff hadir ke Good Vibes Festival yang diadakan pada hujung minggu dan ia telah mendapat perhatian ramai.
Namun, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang seorang netizen yang bernama Zaiton Ayub: "Hi megah sangat la dok tayang perut tu meluat," tulis netizen tersebut. Kaka tidak berdiam diri malah terus memohon maaf: "Sorry," tulisnya.
Rata-rata pengikut Kaka turut tidak berpuas hati dengan teguran kasar yang telah dibuat oleh netizen tersebut. Untuk makluman, Kaka dan Adam Azriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember selepas majlis merisik yang diadakan pada 27 November lalu.

Post a Comment

0 Comments