Gila Ko Kri,Spender Pun Nak Tunjuk

Gila Ko Kri,Spender Pun Nak Tunjuk

Gila Ko Kri,Spender Pun Nak Tunjuk
TAYANG 'SPENDER' PULA - ALIFF SYUKRI KENA KRITIK TERMASUK IBUNYA
Agaknya usahawan kosmetik yang juga penyanyi dan pelakon, Datuk Aliff Syukri tak tahu apa dan sudah habis segala benda yang ingin dipamerkan ke media sosial, sehinggakan menayang pakaian dalamnya pula di laman Instagram yang berjenama mahal, Versace.
Menurut Aliff, beliau bersyukur kerana pada ketika ini beliau mampu membeli apa sahaja yang diingini termasuk seluar dalam berjenama mahal ini.
 Jelasnya lagi, beliau menggemari jenama ini kerana materialnya yang sejuk.
 Tapi apa yang melucukan tindakan Aliff itu turut mengundang bebelan ibunya, Rozita Ibrahim yang turut meninggalkan komen. Malah rata-rata netizen juga tidak senang dengan gambar yang dimuat naik itu.
Ramai memberikan reaksi 'meluat' dengan tindakan Aliff dan menyifatkan sifat riak beliau keterlaluan sehinggakan pakaian dalam juga mahu ditayangkan kepada orang ramai hanya kerana harganya yang mahal.

Apapun rasanya tidak perlulah memuat naik seluar dalam ke media sosial, biarpun ia dari jenama mahal. Sebagai orang Melayu, kita punya adab dan sensitiviti. Apa pula pendapat anda?

Post a Comment

0 Comments