“Awak Tu Anak Sultan”Tidak Dibenarkan Keluar Dating, Tunku Azizah Imbau Kisah Cinta

“Awak Tu Anak Sultan”Tidak Dibenarkan Keluar Dating, Tunku Azizah Imbau Kisah Cinta

“Awak Tu Anak Sultan”Tidak Dibenarkan Keluar Dating, Tunku Azizah Imbau Kisah Cinta
Kasih suami membawa bahagia, kasih isteri membawa ke syurga.


Keserasian dan kasih sayang antara puteri raja Johor yang disunting menjadi suri hati putera Pahang sejak 33 tahun lepas sering mendapat pujian rakyat jelata yang mengikuti kisah pasangan diraja ini.

Mengimbau kenangan awal perkenalan dengan Sultan Abdullah, Tunku Azizah mengakui tidak bercinta seperti pasangan lain kerana sebagai puteri yang dibesarkan dalam lingkungan istana, segala perlakuan baginda sentiasa dalam perhatian.

” Pertama kali jumpa Tuanku adalah waktu saya berumur 12 (tahun), Tuanku 13 (tahun)…(dan) 13 tahun kemudian baru kami melangsungkan perkahwinan.

Gambar – Ayahanda Sultan Abdullah, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersama Ayahanda Tunku Azizah, Almarhum Sultan Iskandar

” Ayahanda saya (Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail) cukup strict (tegas), ini kira orang lama betul. Jadi, tak ada dating (berjanji temu), tak ada keluar tengok wayang, have dinner (makan malam), tak ada langsung,” titah baginda.

Atas kekangan itu, hanya kiriman surat menjadi pengganti diri namun surat yang diterima itu juga harus melalui Almarhum ayahanda baginda sebelum sampai ke tangan Tunku Azizah.

“Jaga maruah awak sebagai anak raja”

Baginda bertitah bahawa Almarhum ayahanda baginda sentiasa mengingatkan anakanda-anakanda baginda supaya menjaga maruah sebagai anak raja. Tunku Azizah merupakan anakanda keempat daripada 10 beradik.
“ Almarhum ayahanda berpesan, anak orang lain boleh. Di tepi jalan pun dia boleh buat (berjanji temu) sebab orang tak akan bercakap, tapi awak tu anak sultan dan cucu sultan. Apa yang awak buat, satu dunia Johor akan bercakap.
” Jadi awak kena jaga maruah awak sebagai anak raja,” titah Tunku Azizah yang berkongsi pesanan titah Almarhum ayahanda, yang masih diingatinya sehingga sekarang.

Walaupun perhubungan Seri Paduka berdua terjaga batasannya, namun keluarga Diraja Pahang dan Diraja Johor terutamanya nenenda Sultan Abdullah, Almarhum Sultan Abu Bakar dan nenenda baginda, Almarhum Sultan Ismail, amat mengharapkan pernikahan antara Tunku Azizah dan Sultan Abdullah dimeterai.

Ia bertujuan mengeratkan kembali hubungan persaudaraan antara keluarga Diraja Pahang dengan keluarga Diraja Johor, yang berasal dari jurai keturunan Sultan Abdul Jalil, yang kedua-dua anakanda baginda pernah menjadi Raja di Pahang dan Raja di Johor.

Tidak boleh keluar dating

” Tok (Almarhum Sultan Ismail) tahu Almarhum ayahanda saya tegas dalam hal hubungan cinta dan tahu saya tidak boleh keluar dating (berjanji temu).
” Jadi, Tok suruh Tuanku yang ketika itu Tengku Mahkota Pahang turun ke Johor untuk bermain polo… ketika itu, kejap-kejap Tok titah suruh saya turun ke padang polo untuk memberi peluang saya berjumpa Tuanku,” titah baginda.
Tiga minggu sebelum kemangkatan Sultan Ismail, baginda bertanyakan kepada Tunku Azizah bila cucundanya itu ingin berkahwin.
” Masa itu, saya jawab, nak kahwin dengan siapa Tok, patik tak ada boyfriend (teman lelaki). Kemudian Tok saya cakap, you ada boyfriend (teman lelaki), saya tahu… itu Pahang (merujuk kepada Sultan Abdullah) boyfriend you (teman lelaki anda).
” Saya kata lagi, nak kahwin macam mana Tok, orang tak meminang. Ketika itu, saya baharu berusia 21 tahun dan Tuanku 22 tahun. Tapi Tok kata dia nak tengok saya kahwin ,” titah baginda yang sesekali kelihatan menyeka air mata.

Namun, tiga minggu kemudian, Almarhum Sultan Ismail mangkat tanpa sempat menyaksikan pernikahan cucundanya itu.

Sultan Abdullah tidak pernah naik suara



Berkongsi keperibadian Sultan Abdullah, Tunku Azizah bertitah: “Seri Paduka adalah insan yang paling baik hati dalam dunia, murah hati, suka bersedekah…saya tidak pernah dengar Tuanku naik suara, tak garang, baik hati, tak pernah cakap pasal orang.”

Bagaimanapun, baginda mengakui Seri Paduka adalah seorang yang sangat tegas serta mengambil serius tentang tugas dan tanggungjawab yang digalas.

” Di Pahang dulu, Tuanku akan baca ‘Exco paper’ (kertas Exco)…one by one (satu per satu dibaca Tuanku) (manakala) di sini, setiap Rabu sebelum nak jumpa Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), Tuanku akan baca kabinet ‘paper’, semua sekali.

” Mungkin itu didikan daripada ayahanda dan ibunda kerana nak jadi raja adalah tanggungjawab besar. The moment (Apabila) Tuanku jadi Tengku Mahkota Pahang, hidup Tuanku bertukar…

” Tuanku tahu tanggungjawab baginda, Tuanku pergi melawat. He took it seriously, it is a life long job (Tuanku serius dalam melaksanakan tugas baginda, ia adalah tugas sepanjang hayat),” titah baginda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: malaysiakini via rimbabafa

Post a Comment

0 Comments