Akui nakal, Tunku Azizah kongsi kisah zaman sekolah

Akui nakal, Tunku Azizah kongsi kisah zaman sekolah

Akui nakal, Tunku Azizah kongsi kisah zaman sekolah

MATEMATIK dan Sains subjek yang paling tidak digemari Tunku Azizah Maimunah Iskandariah ketika zaman persekolahan.
Disebabkan keputusan peperiksaan yang sering gagal, Raja Permaisuri Agong akan menandatangani buku laporan bagi pihak ayahandanya.
"Saya takut dan malu tiap kali gagal subjek Matematik dan Sains. Jadi kerana bimbang akan dihukum, saya tandatangani buku laporan sendiri," katanya ketika ditanya mengenai zaman remajanya.
Baginda berkongsi pelbagai kisah mengenai dirinya ketika ditemubual media sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.
                              
Potret rasmi Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Tambah Tunku Azizah, baginda akan memberitahu ayahandanya kononnya telah menandatangani buku laporan itu jika ditanya mengenainya.
Mengakui dirinya seorang yang nakal, terlupa menyiapkan kerja rumah antara punya yang menyebabkan baginda dihukum guru sekolah.
"Saya tak berani beritahu ayahanda dan bonda mengenainya kerana ayahanda seorang yang garang macam singa dan jika tahu tentu kena rotan," kata baginda.
Malahan, Tunku Azizah juga masih mengingati gurunya termasuk bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang kini Pengerusi Kumpulan Media Star.

Post a Comment

0 Comments