Tidak mampu belikan anaknya beg sekolah, seorang bapa anyam beg guna tali rafia

loading...
Loading...
Tidak mampu belikan anaknya beg sekolah, seorang bapa anyam beg guna tali rafia
SETIAP ibu bapa mahukan yang terbaik buat anaknya.


Ini pula kisah yang berlaku di Kemboja apabila seorang bapa menganyam tali rafia sehingga menjadi sebuah beg sekolah untuk anaknya.

Kisah itu mencuri perhatian ramai pengguna laman sosial Facebook apabila ia dikongsi oleh pengguna laman itu dengan nama Sophous Suon.

Muat naik itu turut disertakan dengan beberapa keping gambar menunjukkan beg sekolah berkenaan yang dilihat diperbuat menggunakan anyaman tali rafia biru.


Selain itu, beg berkenaan juga dilengkapi dua tali hitam serta kancing yang dijadikan sebagai penutup beg berkenaan.

Malah, beg tersebut juga kelihatan kukuh untuk membawa beberapa buku sekolah.

Menurut individu yang memuat naik foto-foto berkenaan, beg tersebut dianyam oleh bapa kanak-kanak lelaki tersebut kerana bapanya tidak mampu membelikannya beg sekolah yang sebenar.

Perkongsian tersebut mendapat lebih dari lima ribu perkongsian di laman berkenaan.


Post a Comment

0 Comments