Semalam Mahkamah Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara kepada individu Danial Abdullah Tan, atas kesalahan memecahkan cermin sebuah kereta Alza gara-gara pemandu tersebut membunyikan hon.
Hukuman yang diterima oleh Danial telah menerima pelbagai respons daripada orang ramai, memandangkan Danial akan menyambut perayaan Aidilfitri di penjara nanti.
Terkesan atas nasib yang menimpa Danial, seorang pengguna Facebook ini telah menawarkan bayaran ganti rugi cermin kenderaan kepada pemandu kereta Perodua Alza yang dikenali sebagai Siew Chan Voon.
Kepada pemandu Alza…
Memang dia bersalah, tapi…
Mohd Fadzli turut mengakui perbuatan Danial adalah salah, namun dia berasa kasihan apabila mengenangkan anak dan isteri Danial bakal beraya tanpa ayah di sisi. Malah, ini adalah kesalahan pertama Danial.
Siapa yang pernah bawa moto, faham situasi tu
Pemilik Alza, saya sudi gantikan kerugian demi anak2 Danial
Sumber : Mohd Fadzli Ramli
0 Comments