Rihana Petra kongsi kisah pertemuan pertama dengan Sultan Muhammad V.

loading...
Loading...
Rihana Petra kongsi kisah pertemuan pertama dengan Sultan Muhammad V.:



Isteri kepada bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dikenali sebagai Rihana Petra hari ini telah berkongsi kisah pertemuan dan percintaan beliau dengan suami beliau yang juga merupakan Sultan Muhammad V.

“Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.

Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … akan bersambung”







                  


Komen



                 


Terdahulu beliau turut berkongsi foto Sultan Muhammad V saat kecil/bayi.


Kelihatan, Rihana Petra turut berkongsi foto ibu beliau yang kelihatan muda membawa cucunya bermain. Ramai terkejut kerana ibu beliau kelihatan sangat muuda!



Isteri kesayangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra atau lebih dikenali dengan nama Oksana Voevodina juga melahirkan rasa terharu di atas ucapan selamat yang diberikan oleh peminat kepada dirinya.

Menerusi kenyataan di akaun Instagram miliknya , Oksana mengucapkan terima kasih kepada peminat selain bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya bernama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei 2019.









“Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua. “- tulisnya dalam Bahasa Melayu.
Oksana turut meluahkan rasa bahagianya selepas melahirkan bayi ini yang telah mengubah kehidupannya.

“Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta”- kongsinya.




Selain menzahirkan rasa bersyukur, Oksana menasihati semua pengikutnya supaya bersama-sama menjaga keluarga dan berdoa sentiasa dilindungi Allah swt.

“Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt.”
Dalam pada itu, ruangan komen posting itu dihujani dengan ucapan tahniah dan dilihat Oksana ada membalas beberapa komen dari pengikutnya.

Sumber:tubeviralbbn via ig rihanapetra via hangat

Post a Comment

0 Comments