Misteri payudara membesar, wanita terpaksa pakai baju ikat di leher kerana terlalu berat

loading...
Loading...
Misteri payudara membesar, wanita terpaksa pakai baju ikat di leher kerana terlalu berat

SEORANG warga Thailand berusia 46 tahun memohon bantuan selepas payudaranya membesar secara tiba-tiba sejak beberapa bulan lalu.
Keadaan itu mengakibatkannya sukar untuk bekerja dan memerlukan tongkat untuk bergerak.
Kisah Lam Phrai Si Nuan dari sebuah kampung di wilayah Phitsanulok mendapat liputan meluas daripada media.
Jelasnya, dia telah berjumpa dengan doktor-doktor mengenai keadaan misteri yang menimpanya dan mereka menolak ia adalah kemungkinan tumor kanser, sekali gus dia sukar untuk didiagnosis atau diberikan rawatan.
Lam Phrai yang mengalami masalah kewangan tidak dapat membiayai lebih banyak pemeriksaan perubatan dan hanya meminta simpati orang ramai.
Bercakap kepada pemberita, dia pertama kali menyedari payudaranya mulai membesar tiga tahun lalu, tetapi ia membesar dengan mendadak kira-kira sembilan bulan lalu.
Payudara kirinya lebih besar berbanding di bahagian kanan.
Keadaan semakin parah apabila Lam Phrai terpaksa memakai pakaian berat, yang diikat pada lehernya untuk menampung payudara yang besar itu.
Bagaimanapun, berat payudara itu juga membuatkan Lam Phrai sering mengalami sakit leher, bahu dan belakang badan.
Selepas beberapa kunjungan di Hospital Phutthachinarat, wanita itu masih tidak mengetahui punca payudaranya membesar secara tiba-tiba sedangkan ia bukan satu ketumbuhan.
Salah seorang doktor memberitahu bahawa mereka boleh mengeluarkan payudaranya, tetapi perlu mengetahui dahulu punca pembesaran yang luar biasa itu. - odditycentral

Post a Comment

0 Comments