Pengantin baharu, Ally Iskandar dan isteri hantar Omma dan Maream Esabel balik UK

loading...
Loading...
Pengantin baharu, Ally Iskandar dan isteri hantar Omma dan Maream Esabel balik UK

Selesai melangsungkan majlis pernikahannya semalam, personaliti televisyen popular Ally Iskandar, 43, dilihat turut bersama ahli keluarga yang lain menghantar bekas isteri dan anaknya pulang ke United Kingdom.

Menerusi laman Instagram Farah Lee, dia dan anaknya, Maream Esabel yang berangkat pulang ke United Kingdom pagi ini berkongsi sekeping foto kenangan sebelum meninggalkan Malaysia.

Dan apa yang menarik perhatian warganet ialah kepulangan dua beranak itu ‘dihantar’ Ally dan isteri baharunya.
“Pengantin baru hantar #ommaream balik UK. First time Maream jumpa ibu tapi kalut-kalut tadi terlupa nak ambik gambar berempat,” tulis Farah yang turut dikenali dengan panggilan Omma.

Sementara itu, setelah hampir tiga tahun memegang status duda, Ally atau Ally Iskandar Mohd Mardzi akhirnya menemui pengganti apabila melangsungkn pernikahan dengan seorang wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim pada Sabtu.

Gambar pengantin baharu, Ally Iskandar dan isterinya, Marlina Ibrahim yang dikongsikan adik Ally, Ardi Herman dalam Instagram miliknya.

Difahamkan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu bergelar suami kepada wanita kelahiran Temerloh, Pahang dengan sekali lafaz beserta mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah al-Quran.

Ini merupakan perkahwinan kedua Ally selepas berkahwin dengan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee pada 20 Januari 2012, namun pasangan itu bercerai pada 17 Ogos 2016.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel yang kini berusia lima tahun.
Semoga ikatan kekeluargaan antara mereka kekal dalam rahmatNya walaupun masing-masing sudah memilih haluan hidup yang berbeza. – 


View this post on Instagram

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on

Post a Comment

0 Comments