Kemelut Rumahtangga Fizo Dan Mawar,Kamal Adli Bagi Hint

loading...
Loading...
Kemelut Rumahtangga Fizo Dan Mawar,Kamal Adli Bagi Hint


Tiada siapa pun akan gembira melihat rumah tangga yang dibina oleh rakan terdekat menghadapi masalah apatah lagi menjadi bualan orang ramai.


Begitu juga dengan Kamal Adli yang turut terasa pedih tatkala melihat rakannya sendiri sedang mengharungi masalah.



Tentunya ramai yang sudah mengetahui rumah tangga Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim sedang dilanda badai. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya berlaku dan wanita itu juga khabarnya sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan kes mereka.



Sebagai orang yang rapat dengan Fizo, pastinya Kamal turut merasai keperitan yang ditanggung oleh rakan baiknya itu. Tidak mahu masuk campur urusan mereka, ada pesanan yang dititipkan oleh Kamal buat semua.

Bila melihatkan Fizo sedang menghadapi masalah rumah tangga, apa benda pertama yang terlintas dalam fikiran?

KAMAL: Seboleh-bolehnya saya sendiri tak mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka. Apa yang terjadi biarlah mereka uruskan sendiri memandangkan mereka lebih mengetahui apa sebenarnya masalah utama. Sebagai orang luar, saya simpati. Cuma tak boleh nak mengulas lebih-lebih, bimbang mengeruhkan lagi keadaan.

Terkejut tak bila mendengarkan kisah rumah tangga mereka berantakan?

KAMAL: Memang saya terkejut bila dia memberikan bayangan semasa kami berjumpa sebelum ini. Bukan apa, semua orang ingat mereka pasangan bahagia seperti orang lain. Tak ada siapa pun tahu mereka menghadapi masalah dalaman. Tapi bila dia mengadu ada masalah, saya pun tak tahu nak bantu macam mana. Saya sendiri pun belum berkahwin, tak pandai sangat nak memberikan nasihat.

Maknanya Kamal sudah tahu awal sebelum kisah mereka tersebar?

KAMAL: Tahu tapi bukanlah tahu segala-galanya. Kami sering bermain bola bersama dan waktu itu juga dia ada bercerita. Tapi sebagai kawan, saya simpan sahaja kisah tersebut demi menjaga rahsia mereka. Saya ingatkan kes mereka dapat diselesaikan segera, rupanya terus tetap heboh. Tak mengapalah, biarlah mereka menyelesaikan masalah ini secara baik.

Apa pesanan untuk Fizo dan peminat?

KAMAL: Kalau boleh dalam fasa ini biarlah Fizo menyelesaikan masalah mereka dengan baik dan peminat pula usah menambah ‘bara’. Bila banyak sangat spekulasi timbul, lagi banyak masalah berlaku. Sebaik-baiknya peminat mendoakan sahaja mereka dapat melalui fasa getir ini dengan sebaik-baiknya. Apa sahaja keputusannya nanti, biarlah mereka yang menentukan sendiri.

Kamal pula macam mana? Sudah ada pengganti cinta lama?

KAMAL: Eh, belum lagilah. Saya sibuk dengan penggambaran drama dan tak ada masa pun nak mencari cinta. Kalau ada nanti saya beritahu..


Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Utusan via news.kini



Post a Comment

0 Comments