Ellie Suriaty Yakin Video Intim Mirip Menteri Tulen

loading...
Loading...
Ellie Suriaty Yakin Video Intim Mirip Menteri Tulen


Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video lucah dua lelaki didakwa membabitkan ahli politik. Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Azmin Ali menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ianya fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.

Ramai yang mendakwa video itu telah pun disunting sebelum disebarkan, namun pengarah terkenal Ellie Suriaty tampil membuka mulut bahawa beliau yakin video intim itu adalah tulen. Jelas Elli lagi, jika video itu disunting, ia memerlukan beberapa sudut rakaman.


Malah, video itu tidak mana-mana sudut kamera dan hanya menggunakan sudut lebar (wide angle) serta kamera yang digunakan untuk merakam berada dalam keadaan statik.

Tambahnya lagi, jika seseorang itu menggunakan khidmat badan pendua, ia sudah tentu memerlukan beberapa lagi teknik berbeza.




“Kalau orang berlakon dan pakai body double, akan ada back shot, frontal shot. Kita akan cut backshot menggunakan body double, dan untuk frontal shot, kita menggunakan muka si pelakon,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di YouTube.

Elli juga turut mengulas mengenai penggunaan teknik Imej Janaan Komputer (CGI). Katanya, bagi mengaplikasikan teknik CGI pakaian khas berwarna hijau diperlukan. Jika ada unsur suntingan, tidak mungkin warna kulit muka dan kulit leher pelaku dalam video tersebut adalah sama.

“Saya pernah buat green screen (layar hijau) untuk filem saya, Penanggal dan muka dalam video tersebut sangat mirip (dengan mereka yang terlibat). Badan tu tetap la badan tu. Muka tu tetaplah muka tu,” katanya.

Ellie turut menyangkal kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan hasil gubahan video dapat siap disunting dalam masa yang singkat. Ujarnya, jika ingin menggunakan teknik edit yang sempurna tanpa sebarang cela, ianya perlu dilakukan secara terperinci.

“Kalau awak nak kata benda ini edit, tidak ada satu pun yang menunjukkan kepala dia tidak selari (glitch) dan kalau awak nak edit macam itu, awak kena buat dari satu pemidang ke pemidang (frame by frame) filem.

“Saya pengarah. Saya biasa dengan visual. Itu memang kelebihan dan juga sumber rezeki saya. Saya mengatakan bahawa video tersebut adalah tulen,” katanya.

Post a Comment

0 Comments