Bilik Hotel Itu Sama Macam Dalam Vid3o

Bilik Hotel Itu Sama Macam Dalam Vid3o

Bilik Hotel Itu Sama Macam Dalam Vid3o

SOSMED | Kem pengkritik Azmin meneruskan serangan dengan menyebarkan gambar bilik di Hotel Sheraton, Sandakan seperti yang diakui oleh Haziq Aziz pagi tadi.


Pagi tadi Haziq bersumpah melakukan hubungan bersama Az min Ali dan mengesahkan rakaman lucah yang berlegar-legar sejak semalam adalah tulen dan ia berlaku di Hotel Sheraton pada 11 Mei ketika PRK Sandakan.



Kem penyokong Azmin bagaimanapun menolak pengakuan tersebut dengan membuktikan Azmin berada di Istana Negara - sekurang-kurangnya pada 11 Mei 2019, pada jam 10 malam.



Namun pengkritik Azmin yang dilihat seperti mempertahankan pengakuan Haziq dilihat menyebarkan gambar bilik hotel di Sheraton dan mendakwa ianya sama seperti yang dilihat dalam video lu cah yang berlegar-legar sejak semalam. 



Malahan TTKM - juga mendakwa penafian Ratu Naga yang mengatakan Azmin berada di Istana Negara adalah hujah yang terlalu lemah.


"Ratu Naga - Syarul Ema Rena jam 12 AM 11 Mei 2019, pun 11 Mei 2019 juga. Janganlah tolol sangat

10 Mei 2019 9PM = Azmin di Sandakan
11 Mei 2019 7PM = Azmin di Kuala Lumpur

Flight terakhir Sandakan - Kuala Lumpur adalah jam 8.40 PM (Air Asia), 6.10 PM (MAS). Tak mungkin la Menteri book tiket Air Asia. Maka Azmin kena juga bermalam di Sandakan pada malam 10 Mei 2019.

Persoalan. Dimanakah Azmin di antara 9 PM (10/05/19) dan 7 PM (11/05/19) = 22 jam?," 
soal pentadbir halaman itu dalam satu kenyataan hari ini.  


Sementara itu, Azmin Ali setakat ini belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi bagi mengulas pengakuan bersumpah Haziq Aziz. - 12 Jun 2019. 

sumber:Amenoworld

Post a Comment

0 Comments