“Saya sedih, ya terlalu sedih, kecewa dan amat memalukan, anak kecil saya berbintikan dia..” – Elly Mazlein kecewa

“Saya sedih, ya terlalu sedih, kecewa dan amat memalukan, anak kecil saya berbintikan dia..” – Elly Mazlein kecewa

Selebriti popular, Elly Mazlein berasa kesal dengan tindakan bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta yang didakwa mengarah drama yang menyerlahkan adegan s3ks dan menyerupai p0rn0grafi.

Perkara itu dikongsi Elly menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Elly meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan Azmi terhadap anak mereka, Sefhia dan mendakwa bekas suaminya itu gagal membayar nafkah.

“Saya sedih, ya terlalu sedih, kecewa dan amat memalukan, anak
 kecil saya berbintikan dia, kesianlah dekat Sefhia, macam-macam kamu buat dekat Sefhia.


“Gagal melawat anak, gagal membayar nafkah dan kini arah drama ala-ala pprno, beginikah contoh sebagai seorang bapa?” tulisnya sebagai kapsyen.

Di entri yang sama, Elly turut berkongsi p0tongan artikel berkaitan kenyataan mendakwa Azmi mengarah drama berunsur s3ks.

Bagaimanapun, Elly telah memadamkan entri terbabit selepas empat jam ia dimuat naik.
Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada November 2014.

Walau Bagaimanapun, pasangan ini bercer4i pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

“Impian saya mahu solat dengan suami”

PENYANYI Elly Mazlein memberi gambaran bakal menamatkan zaman janda dalam masa terdekat bersama seorang lelaki pilihannya.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, berkata, dia merancang untuk bertemu keluarga lelaki berkenaan di Kelantan pada bulan Mac.
“Alhamdulillah saya sudah berjumpa dengan adik beradik dia yang berada di sini dan InsyaAllah pada bulan tiga saya akan berjumpa keluarganya di Kelantan.

“Dia anak ke lapan daripada 13 adik-beradik dan saya bersyukur dapat tumpang kasih sayang dalam sebuah keluarga yang besar, maklumlah keluarga saya kecil,” ujarnya kepada mStar Online.

Elly ditemui pada majlis sidang media Bintang Bersama Bintang musim kedua yang diadakan di Sri Pentas pada Selasa.

Dalam pada itu, Elly menyifatkan rasa tanggungjawab yang ditunjukkan dan mengutamakan solat adalah salah satu punca dia memilih pemuda itu.

Elly masih merahsiakan identiti lelaki berkenaan.

“Dia calon terbaik untuk dijadikan suami. Dia jaga solat dan mengingatkan saya untuk melakukan kewajipan itu.

“Sejujurnya salah satu impian saya untuk bersolat dengan suami dan saya harapkan ia menjadi satu kenyataan salam hubungan yang bakal kami bina nanti,” ujarnya.
Sementara itu, Elly Mazlein berkata, dia mengenali lelaki berkenaan secara tidak sengaja pada Ogos tahun lalu.

Katanya, hubungan tersebut menjadi semakin rapat dan serasi.

“Bila kami berjalan bersama-sama dengan anak saya Sefhia, saya rasa sangat bahagia kerana tidak pernah rasa sebelum ini.

“Dia pun sama tidak pernah berkahwin dan rasa kasih sayang anak dan isteri. Kami seperti saling melengkapi dan saya bersyukur anak saya sangat sayangkan dia,” ujarnya yang masih belum bersedia berkongsi wajah lelaki tersebut.

Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Pasangan tersebut dikurniakann seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun.

Dalam pada itu menerusi Bintang Bersama Bintang di TV3 Ahad ini, Elly diberi peluang untuk mengendalikan racangan itu sebagai hos.

Sumber : Astrogmpak via mediaohsem

Post a Comment

0 Comments