Pekerja Pun Pelik Faziani Tiba-tiba Cakap Pasal Mati

loading...
Loading...
Pekerja Pun Pelik Faziani Tiba-tiba Cakap Pasal Mati

PEMERGIAN pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, turut memberi kesan terhadap 55 pekerjanya kerana usahawan itu disifatkan sebagai majikan yang sering menjaga kebajikan pekerjanya.
Pekerjanya, Mohd Mahzam Ismail,23, berkata, walaupun Allahyarham tegas dalam urusan kerja tetapi dia seorang majikan yang sangat baik dan pemurah.
"Setiap hari bermula satu Ramadan, Allahyarham sediakan lauk pauk seperti ayam percik dan kuih muih untuk dibawa balik berbuka puasa dengan keluarga.
"Kami juga diminta datang solat terawih beramai-ramai di rumahnya sepanjang Ramadan ini dan sebelum puasa kami diberi beras dan barang keperluan dapur," katanya.
Mohd Mahzam Ismail Mohd Mahzan berkata, tidak ada bos sebaik Allahyarham yang sangat dermawan dan ambil berat selain berhasrat untuk membawa pekerja bersama keluarga menunaikan umrah sebelum dia menutup mata.
"Arwah nak bawa kami menunaikan umrah ramai-ramai naik satu kapal terbang. Sebelum ini pun arwah pernah bawa ramai pekerjanya menunaikan umrah.
"Tetapi awal puasa, dia ada sebut nak bawa kami tunai umrah, nak bawa mak ayah kami bersama. Pelik juga tiba-tiba dia cakap pasal mati. Kami tak sangka dia nak pergi buat selama-lamanya.
"Kami dapat bonus dua atau tiga kali setahun, hari keluarga setahun sekali, jasanya kami sangat hargai, kehilangannya diratapi kami semua," katanya.
Mohd Husien Marjiko Pekerja, Mohd Husien Marjiko, 56, berkata, dia bekerja dengan Allahyarham sejak sembilan tahun lalu.
"Saya sedih ibu (Allahyarham) sudah pergi, dia anggap saya seperti ahli keluarga sendiri, saya bekerja di sini ketika anak-anak dia masih kecil lagi," katanya. -Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments