Kita Sedap Buka Puasa Dengan Anak, Si Pedoflia Ni Sedap Buat Kerja Dia.Ada Banyak Akaun Rupanya

Kita Sedap Buka Puasa Dengan Anak, Si Pedoflia Ni Sedap Buat Kerja Dia.Ada Banyak Akaun Rupanya

Kita Sedap Buka Puasa Dengan Anak, Si Pedoflia Ni Sedap Buat Kerja Dia.Ada Banyak Akaun Rupanya

Jaga-jaga mak ayah, di media sosial yang serba terbuka ini, akaun mak ayah pun terdedah sama dengan bahaya si pedo atau pedofilia. Semakin berani pula mereka ini.
Hal ini didedahkan oleh Akhtar Syamir yang mana, ada kemungkinan pedofilia ini menggunakan banyak akaun untuk memperdayakan mak ayah.
Tengok macam mana modus operandi si pedo ini nak perdayakan mak ayah. Walaupun sekadar bertanyakan tentang ‘legging’ anak. Hati-hatilah.. kerana itu sebenarnya soalan yang membawa kepada ayat-ayat perangkap.

Kita Sedap Buka Puasa Dengan Anak, Si ‘Pedo’ Ni Sedap Buat Kerja Dia

Si Pedo Ini Sedap Puaskan Nafsu Dengan Gambar Anak Kita

Dia datang lagi. Hati-hati semua dengan akaun pedofilia ini. Ramai yang dah buat aduan mengenai akaun-akaun ini yang besar kemungkinan dari orang yang sama.
Kita sedap berbuka puasa dengan anak. Si pedo ni sedap puaskan nafsu dengan gambar anak kita.
Pedo kali ini minat pada kanak-kanak perempuan yang memakai legging. Jangan pelik. Mereka ini memang ada macam-macam perangai. Cuma kali ini fokusnya ialah legging.
Dia akan komen di post yang mempunyai gambar kanak-kanak perempuan yang memakai legging dan akan tag diri sendiri betul-betul di bahagian kemaluan budak tu.
Memang sakit orang macam ni. Jadi, sila jauhkan diri dari dia dan semua akaun dia yang lain. Block sahaja dan berhati-hati apabila memuat naik gambar anak. Pastikan cover mana yang patut.



Kita Sedap Buka Puasa Dengan Anak, Si ‘Pedo’ Ni Sedap Buat Kerja Dia
Ada banyak akaun.

Sebaik Kesan Pedofilia, Mak Ayah Cepat Lakukan Ini

Tolong bagitau semua kawan-kawan. Search nama Syazwani Sapari ni dan tengok “MUTUAL FRIENDS” dia. Jika ada nama kawan kita yang menjadi friends dia, sila tag di sini dan minta mereka baca dan block sekali.
Dia ni ada banyak akaun. Kebanyakan akaun dia semua guna gambar budak dan legging. Pastikan block semua. Kalau boleh report dulu kemudian block.
DIA MEMANG AKAN ADD SEMUA ORANG YANG ADA GAMBAR ANAK PEREMPUAN. JADI JANGAN SENANG-SENANG APPROVE FRIEND REQUEST YE.

Kita Sedap Buka Puasa Dengan Anak, Si ‘Pedo’ Ni Sedap Buat Kerja Dia

Jangan takut untuk post gambar anak-anak. Cuma kena tahu batasan dia dan tutup mana yang patut. Bila terhidu je pedo seperti ni, terus block.
SHARE post ini supaya kita dapat lindungi anak-anak kita dari menjadi pemuas nafsu pedofilia sampah ini. Jangan lupa TAG nama friends yang MUTUAL FRIENDS dengan pedo ni.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa di fb juga Supergroup Telegram BroOhsem 

Post a Comment

0 Comments