AL-FATIHAH & SEMBAH TAKZIAH.
Dukacita dimaklumkan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Hj Ahmad Shah baru sahaja MANGK4T lebih kurang jam 8.50am. Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
Al Fatihah. Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Almarhum
Sumber : Pihak Istana / Sinar Harian Online
Artikel berkaitan ‘Turunnya takhta sultan kesayangan rakyat’
KUALA LUMPUR – Selepas memerintah negeri hampir 45 tahun sebagai Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar akhirnya menyerahkan takhta kepada anakanda baginda Tengku Abdullah.
Turunnya takhta kerana g3ring, Sultan Ahmad Shah meningga4lkan momen terindah sebagai seorang raja yang cukup berjiwa rakyat.
Sesiapa yang pernah bertemu baginda pasti tersentuh dengan sifat penuh rendah diri malah ungkapan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” menjadi pegangan baginda.
Sesiapa yang pernah bertemu baginda pasti tersentuh dengan sifat penuh rendah diri malah ungkapan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” menjadi pegangan baginda.
Malah tanpa mengira protokol dan darjat sebagai seorang yang berdarah diraja, Sultan Ahmad Shah sering mencemar duli melawat daerah-daerah di Pahang apabila berlaku bencana terutama banjir bagi menghulur bantuan kepada rakyat.
Pengalaman melihat sendiri sikap Sultan Ahmad Shah bersama rakyat, baginda mencuit hati rakyat kerana lebih mesra membahasakan dirinya ‘saya’.
Masih terbayang di ingatan penulis ketika majlis pengkebumian bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 23 Januari 2010.
Masih terbayang di ingatan penulis ketika majlis pengkebumian bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 23 Januari 2010.
Ketika itu, majlis berlangsung di Istana Besar, Johor Bahru yang dihadiri ribuan rakyat untuk memberi penghormatan terakhir termasuk kehadiran Sultan dan Raja Melayu.
Apa yang menarik, ramai yang sanggup berdiri di tepi tangga kerana teruja melihat kemunculan golongan yang berada di hieraki tertinggi di negara ini.
Namun sebaik ketibaan Sultan Ahmad Shah dan keluar dari kenderaannya, baginda mencuri tumpuan apabila datang kepada rakyat sambil mesra bertanya khabar.
“Apa khabar semua rakyat Johor?
Salam takziah ya. Semua dah makan ke belum?” itu pertanyaan yang terpacul daripada mulut baginda yang membuatkan rakyat terpegun seketika.
Namun kedengaran selepas itu suara rakyat yang membalas dengan jawapan cukup hormat dan kasih kepada sultan yang memiliki sikap ramah mesra.
“Ampuan Tuanku, patik semua sihat. Tuanku sihat?,” jawab rakyat. Apa yang mengujakan sambil menaiki tangga istana, Sultan Ahmad Shah bersalam dengan rakyat yang menunggu sambil bertanya khabar lagi.
Ingatkan kemesraan baginda berakhir di situ, namun ia bersambung di Makam Diraja Johor selepas selesai majlis pengkebvmian. Rupanya Sultan Ahmad Shah hadir di sana dan sambil jalan pulang, baginda menghampiri rakyat lagi dan bertegur sapa.
“Saya dah nak balik ke negeri Pahang. Nanti semua masa balik, hati-hati memandu di jalan raya ya,” katanya dan memasuki kereta sambil terus melambai kepada rakyat.
Momen indah itu cukup menggambarkan kemunculan baginda dan keluarga sentiasa menarik perhatian yang membuktikan betapa baginda begitu dekat dengan rakyat dan mengasihi rakyat.
Hari ini, anakanda baginda, Tengku Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam dalam era moden dan kini bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Ia membawa maksud ‘Sultan Abdullah pembela agama yang terpilih oleh Allah. Pemasyhuran tersebut disempurnakan dalam majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.
Naiknya takhta Sultan Abdullah adalah penyambung legasi Sultan Ahmad Shah, 88, yang dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsung di istana di Pekan pada 8 Mei 1975
.
Tempoh 45 tahun berada di takhta, Sultan Ahmad Shah pasti disayangi dan diingati rakyat khusus Pahang sampai bila-bila.
Diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan pada 24 Oktober 1930, Sultan Ahmad Shah merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah.
Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1944, ketika berusia 14 tahun. Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Sept 1975 dan kemudian menjadi ketua negara apabila dipilih menjadi Yang di Pertuan Agong ketujuh yang memerintah negara pada 26 April 1979 hingga 25 April 1984.
Selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali menjadi pemerintah Pahang sehinggalah baginda jarang kelihatan di khalayak umum sejak kebelakangan ini kerana gering dan kemudian menyerahkan jawatan itu untuk dipangku oleh anakandanya Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah pada 28 Dis 2016.
Dalam soal akademik, Sultan Ahmad Shah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak.
Bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia Kedua, namun baginda mengambil kesempatan itu untuk turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah.
Pada 1948, Sultan Ahmad Shah meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Universiti Oxford dan Universiti Exeter, Devon di United Kingdom dalam bidang Pentadbiran Tempatan.
Baginda juga berkesempatan menjalani latihan amali di Sidmouth Urban District Council selama tiga tahun. Ketika berusia 35 tahun, baginda pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab, Pahang.
Sultan Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan Tengku Muhammad pada 22 April 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Tan Sri Meriam, Tengku Datuk Seri Muhaini, Tengku Datuk Seri Aishah Marcella,Tengku Abdullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Datuk Nong Fatimah dan Tengku Datuk Shahariah.
Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera Tengku Fahd Mu’adzam Shah.
Jawatan-jawatan lain yang pernah disandang baginda termasuk Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) sejak 1 Julai 1983, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari 1984 sehingga 2014, Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 1994 sehingga 2002. serta menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada 2011.
– MalaysiaGazette
Sultan Ahmad Shah mangkat
AYAHANDA Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu.
Almarhum mangkat pada usia 88 tahun, kira-kira pukul 8.50 pagi Rabu, bersamaan 17 Ramadan di hari Nuzul al-Quran.
Ia disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di halaman rasmi Facebooknya, pagi Rabu.
Wan Rosdy berkata, Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
"Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.
"Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.
"Sehubungan itu, saya mohon rakyat-jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga roh Almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syuhada’," tambah Wan Rosdy.
Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah yang juga Sultan Pahang kelima, menyerahkan takhta kepada anakanda baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun.
Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari lalu.
Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan gering dan dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam setelah perbincangan diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.
Sultan Ahmad Shah, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975.
Diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan pada 24 Oktober 1930, Sultan Ahmad Shah merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah.
Istana Mangga Tunggal,Pekan Pahang
Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1944, ketika berusia 14 tahun.
0 Comments