Gadis berhijab tergamam dengar jawapan staf butik selepas ditolak bekerja di One Utama

Gadis berhijab tergamam dengar jawapan staf butik selepas ditolak bekerja di One Utama

Gadis berhijab tergamam dengar jawapan staf butik selepas ditolak bekerja di One Utama
HASRAT seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk bekerja secara sambilan terbantut hanya kerana dirinya berhijab.
Gadis berusia 19 tahun yang mahu dikenali sebagai Nadiah meluahkan rasa terkilan dan kecewa selepas permohonan untuk bekerja secara sambilan di salah sebuah premis pakaian berjenama di One Utama, Petaling Jaya, ditolak didakwa kerana berhijab.
Nadiah memberitahu, dia mahu mengisi masa cuti semesternya ini dengan bekerja sambilan untuk mencari duit poket sendiri.

Gambar hiasan Pinterest.
"Minggu lepas saya mencuba nasib pergi ke sebuah premis pakaian terkenal di One Utama untuk memohon bekerja secara sambilan. Selepas bertanyakan sama ada mereka perlukan pekerja sambilan, staf di situ hanya pandang saya 'semacam'.
"Dia tanya saya, sama ada pakai tudung atau tidak padahal pada masa tu memang dia nampak saya berhijab. Dalam hati saya terus terdetik 'seriously' apabila soalan tersebut ditanya... dan ketika itu jugalah saya menjawab 'ya saya pakai tudung'.
Selepas insiden 'ditolak' untuk bekerja, Nadiah terus meluah perasaan kecewa kepada kawan baiknya.
"Selepas itu dia (staf premis) beritahu saya bahawa tidak mengambil pekerja bertudung adalah polisi syarikat," ujarnya ketika dihubungi mStar.
Nadiah berkata, dia menganggap alasan premis itu sebagai satu bentuk diskriminasi.
"Sebenarnya isu diskriminasi terhadap wanita bertudung untuk dapatkan kerja terus ada di negara sendiri. Saya sangat pelik dan terkejut kerana pada masa sekarang ia masih berlaku.
"Saya memang tidak faham kenapa wanita bertudung perlu berdepan dengan situasi ini di kala mereka memerlukan pekerjaan.
"Di United Kingdom, wanita berhijab dibenarkan bekerja tanpa sebarang isu di cawangan butik pakaian yang sama seperti di sini," katanya.
Saya memang mahu isu diskriminasi terhadap wanita bertudung ini diberi perhatian oleh pihak berkaitan. Kenapa masih berlaku lagi?

NADIAH

Mangsa diskriminasi

Nadiah memberitahu, selepas dirinya ditolak dengan alasan tersebut, dia terus menghantar mesej kepada rakannya untuk mengadu mengenai isu ini.
"Saya meluahkan perasaan kepadanya dan dia juga terkejut. Selepas itu dia berkongsi perkara ini di Twitter.
"Saya terkejut sebab melalui perkongsian itu dapat tahu sebenarnya ramai juga yang wanita berhijab mengalami nasib sama seperti saya.
"Saya memang mahu isu diskriminasi terhadap wanita bertudung ini diberi perhatian oleh pihak berkaitan. Kenapa masih berlaku lagi?," ujarnya.
Perkongsian oleh rakan Nadiah di Twitter mendapat perhatian warga media sosial.
Perkongsian @moleficient  itu di Twitter pada Rabu lalu mendapat lebih 5,000 ulang kicau (Retweet).
Malah ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mengalami nasib sama dengan Nadiah.
Untuk rekod, pada 2014 isu bertudung ini sudah timbul melibatkan anak pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor yang mengalami senario yang sama.

Ketika itu, anak perempuannya berusia 17 tahun diarah membuka tudung sebagai syarat ditawarkan untuk bekerja di sebuah butik permainan kanak-kanak.

Post a Comment

0 Comments