Baru-baru ini, jemaah Surau Al-Makmur Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Jalan Pantai Dalam telah dikejutkan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membaling beberapa botol arak kosong di perkarangan surau berkenaan.
Satu perbuatan khianat bertujuan kacau ganggu kepada jemaah surau
Kejadian tersebut dikatakan bermula sekitar jam 8.30 malam ketika jemaah ke surau itu bagi menunaikan solat Isyak seterusnya solat sunat Tarawikh.
Ketika kejadian berlaku, seorang jemaah dikenali sebagai Arif Yusoff berusia 53 tahun, baru turun dari blok kediamannya untuk ke surau yang terletak di tingkat bawah blok berkenaan.
“Botol pertama dan kedua dibaling dan jatuh di hadapan surau hanya kira-kira empat atau lima meter jauhnya dari tempat saya berjalan.
“Satu daripada botol berkenaan terkena sebuah motosikal dan tidak pecah manakala satu lagi botol berderai di atas laluan di hadapan surau.
“Dua lagi botol dibaling ketika azan Isyak dan beberapa botol lagi turut dibaling di hadapan surau ketika hampir 40 jemaah sedang menunaikan solat Tarawih dan sebaik selesai solat kira-kira jam 10.30 malam,” katanya.
Hampir terkena imam jemputan
Bukan itu sahaja, sebiji botol yang dibaling juga hampir terkena imam jemputan yang ketika itu baru sampai dan sedang berjalan ke pintu masuk surau.
Menurut salah seorang penduduk, Mohd Hafiz Yusof pula berkata, kejadian membaling atau membuang objek dari tingkat atas di PPR itu adalah perkara biasa dan ia memang kerap berlaku.
Bagaimanapun, kejadian membaling botol arak di hadapan surau malam kelmarin itu agak ‘luar biasa’ kerana membabitkan jumlah yang banyak seperti sudah dirancang.
Kejadian terbabit tular di media sosial sejak semalam dan ada yang mendakwa perlakuan itu dilakukan segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan bunyi ‘bising’ dari surau berkenaan.
Makhluk s*tan je yang pecah gegendang telinga bila dengar azan berkumandang
Sila tangkap & sembelih dia punya kepala kasi putus
Golongan pengecut!
Kalau dapat kapankan dia macam orang meninggal
Sumber : Berita Harian
0 Comments