Dr Vida Dedah Mengapa Cik B Gemuk

Dr Vida Dedah Mengapa Cik B Gemuk

Datuk Seri Vida turut mengenang kisah apabila sering meninggalkan anak-anaknya di bawah jagaan pembantu rumah susulan kesibukan kerja. Instagram @datoserivida

KALAU kebiasaannya ucapan Hari Ibu diucapkan oleh anak kepada ibunya, lain pula yang dilakukan oleh pengusaha kosmetik sensasi Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih popular dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang berdoa agar doa anak-anaknya dimakbulkan Tuhan.

Menerusi entri di laman Instragramnya, dia turut mengenang kisah apabila sering meninggalkan anak-anaknya di bawah jagaan pembantu rumah kerana kesibukan kerja, sehingga mengabaikan pemakanan anak perempuannya dan mengakibatkan anaknya itu mengalami masalah kegemukan.


–– ADVERTISEMENT ––
"Cik B jadi gemuk sebab setiap malam bibik dahulu benarkan Cik B makan burger banyak sangat. Setiap malam burger (malangnya) mama tak tahu (tabiat pemakanan) sehabit Cik B nak makan burger je. Kesannya Cik B jadi gemuk."

Bagaimanapun beliau berjanji akan lebih selalu meluangkan masa bersama anak-anaknya dan mempersiapkan anaknya untuk menjadi usahawan berjaya.

"Mama akan cari masa bersama Cik B & Kacak..Cik b & Kacak bole bawa berunding dan idea mrk 'in'. Mungkin sebab (sering) bermain telefon (bimbit), (maka) banyak dapat input."

Beliau juga berjanji akan memastikan anak perempuannya lebih kurus, putih, cantik dan gebu pada masa hadapan.


Post a Comment

0 Comments