William Curang... Kate Middleton Bawa Anak-anak Pulang Ke London Tanpa Suami

loading...
Loading...
William Curang... Kate Middleton Bawa Anak-anak Pulang Ke London Tanpa Suami



Sejak kebelakangan ini agak heboh menegenai isu skandal dalam keluarga kerajaan Inggeris. Kali ini gosip kurang enak  yang menyasar kepada pasangan kerabat diraja yang selalu tampil harmonis, Putera William dan Kate Middleton.

Hampir 9 tahun bernikah, Putera William justeru dikhabarkan ada hubungan istimewa dengan kawan baik Kate Middleton.

                          
Dipetik dari Cosmopolitan, wanita yang diduga menjadi duri dalam daging di pernikahan Kate dan William adalah Rose Handbury. Rose merupakan mantan model yang juga isteri dari pengarah filem David Rocksavage.

Rose juga dikhabarkan memiliki hubungan rapat dengan keluarga kerajaan Inggeris. William dan Rose dikhabarkan mulai menjalin hubungan asmara kala Kate Middleton hamil anak ketiga.

Kedekatan mereka dikatakan terjalin sejak April 2018 silam. Mulai terungkapnya rumor ini ternyata membuat hubungan persahabatan antara Kate dan Rose jadi renggang. Tak hanya itu, di tengah rumor perselingkuhan William, Kate justeru dikhabarkan membawa keluar ketiga buah hatinya tanpa suami.

                           
Ya, Kate ternyata memilih pulang ke London tanpa Putera William. Menurut Hello Magazine, kepulangan Kate ke London ini dalam rangka istirahat selepas perayaan Hari Easter dan persiapan sekolah Putera George juga Puteri Charlotte.

Tapi jangan salah sangka, perpisahan antara Kate dan William selepas perayaan Hari Easter juga disebut karena William harus menjalankan tugas kerajaan. Putera William ternyata ditugaskan berkunjung ke New Zealand pada Selasa (23/04) dalam rangka memberi penghormatan dan solidariti kepada para keluarga mangsa dan juga masyarakat sekitar New Zealand terhadap insiden penembakan beberapa waktu lalu.

Sebelum ini, Duke dan Duchess of Cambridge ini menghabiskan masa bercuti hari Easter di rumah keluarga mereka Anmer Hall, di Norfolk, bersama Zara Tindall, Mike Tindall, dan Mia Tindall.

Post a Comment

0 Comments