Terlalu malas masuk kelas memandu, lelaki buat lesen guna kertas tulisan tangan

loading...
Loading...
Terlalu malas masuk kelas memandu, lelaki buat lesen guna kertas tulisan tangan

POLIS trafik di bandar Liuzhou, China terkejut selepas menahan seorang penunggang motosikal apabila mendapati lesen memandunya merupakan kertas tulisan tangan.
Lesen tersebut turut ditampal dengan gambar penunggang motosikal itu.
Dokumen rasmi palsu sering berlaku di mana-mana negara, tetapi dalam kebanyakan kes, mereka sedaya-upaya untuk memastikan pemalsuan tersebut kelihatan tulen.

Penunggang motosikal bernama Tang itu kelihatan tenang sewaktu ditahan polis dan diminta untuk menunjukkan dokumennya.
"Dia terlalu tenang semasa mengeluarkan lesennya. Kulit lesennya itu seperti yang sebenar, tetapi saya terkejut bila melihat di dalamnya," kata seorang polis trafik kepada Pear Video.
Di dalamnya merupakan sekeping kertas yang diambil dari buku nota sekolah, dengan butiran yang berkaitan serta gambar pemiliknya.
Ditanya polis sama ada ia sekadar gurauan, Tang dengan tenang menjelaskan bahawa dia terlalu malas untuk memasuki kelas memandu untuk mendapatkan lesen.
Dia juga tidak mahu mengeluarkan wang bagi memperoleh lesen itu, maka penyelesaiannya adalah membuat dokumen tersebut sendiri dengan tulisan tangan berbanding tidak mempunyai sebarang dokumen.
"Sudah bertahun-tahun saya menjadi polis, tetapi saya tak pernah lihat lesen memandu seperti ini. Sungguh melucukan," kata salah seorang polis trafik.
Dilaporkan, motosikal Tang dirampas polis akibat insiden itu dan dia diminta untuk membuat laporan di jabatan trafik keesokan hari. - odditycentral

Post a Comment

0 Comments