Nasib Kau Wahai Anjing....Leher anjing diikat, disebat berlari atas treadmill tanpa henti

loading...
Loading...
Nasib Kau Wahai Anjing....Leher anjing diikat, disebat berlari atas treadmill tanpa henti

DIIKAT pada pada treadmill, disembunyikan di sebalik tembok konkrit, seekor anjing baka Staffordshire Terrier diseksa dengan dipaksa mennjalani latihan - sama ada dibunuh atau membunuh dalam satu pertempuran darah.
Tindakan kejam merupakan sebahagian daripad penderaan yang menjadikan haiwan sebagai mangsa, untuk dijadikan sebagai juara bagi pertarungan antara anjing haram.
Kekejaman terhadap anjing tersebut merupakan salah satu daripada ribuan kes yang dikesan di Britain.
Berdasarkan siasatan Sunday Mirror, mendapati 1,601 pertarungan seperti itu dilaporkan pada tahun lalu kepada RSPCA, badan perlindungan haiwan terkemuka di Britain.
Bagaimanapun, organisasi itu mendedahkan bahawa ia sekadar sebahagian kecil daripada jumlah sebenar, berikutan lebih banyak melakukannya secara rahsia.
Salah seekor anjing yang mengalami kecederaan. Foto RSPCA
Bulan lalu, John Knibbs, 55, didapati bersalah kerana menyimpan dan melatih anjing untuk pertarungan.
Dia ditahan selepas melanggar peraturan menjaga haiwan.
Majistret Lincoln diberitahu video pada telefon Knibbs menunjukkan anjing dipaksa bertarung, sementara mesej bercakap tentang 'menghancurkan tulang'.
Dalam beberapa rakaman, dua anjing dapat dilihat bertarung.
Satu lagi video menunjukkan seekor anjingnya dipaksa berlari di atas treadmill, dengan lehernya diikat.
Cemeti pula digunakan untuk menyebat haiwan supaya ia terus berlari tanpa henti. 
Treadmills dikatakan menjadi alat yang biasa digunakan untuk melatih anjing-anjing untuk bertarung, bagi membina kekuatan dan stamina. - Mirror UK

Post a Comment

0 Comments