Wanita rakam gambar hantu dalam penjara lama

Wanita rakam gambar hantu dalam penjara lama

Wanita rakam gambar hantu dalam penjara lama

BELFAST, Britain - Seorang wanita mendakwa melihat hantu lelaki memakai uniform ketika melawat Penjara Crumlin Road Gaol di Ireland Utara bersama ibu bapa dan anak perempuannya baru-baru ini.


Sarah Murphy dari bandar Cork, di barat daya Ireland mendakwa melihat bayangan misteri yang dirakam menggunakan kameranya ketika mengambil gambar di sayap B penjara tersebut.


“Semua pelawat turun ke sayap C, saya hanya berdiri di pintu pagar sayap B dan mengambil beberapa keping gambar dalam keadaan gelap kerana tiada siapa di sana,” jelas Murphy.

MURPHY mendakwa dia melihat bayangan seorang lelaki yang memakai uniform (dalam bulatan) ketika melawat Penjara Crumlin Road Gaol baru-baru ini.


Wanita itu menyedari sesuatu yang pelik selepas kembali ke tempat penginapannya. Apabila memeriksa gambar yang diambilnya, ia kelihatan seperti seorang lelaki beruniform dengan tali pengikat dagu pada topinya sedang merenung ke koridor.

Crumlin Road Gaol adalah sebuah penjara era Victoria yang dibuka semula sebagai pusat pelancongan awam selepas ditutup pada tahun 1996. Ini bukan kali pertama pelawat mendakwa terjumpa hantu di lokasi tersebut. – Agensi

Post a Comment

0 Comments