Selalu Kena Tegur Lepas Bersenam Lepak Mamak, Dietition Ini Kongsi Penting Makan Lepas Bersenam

loading...
Loading...
Selalu Kena Tegur Lepas Bersenam Lepak Mamak, Dietition Ini Kongsi Penting Makan Lepas Bersenam

Senario biasa berlaku apabila setelah jogging atau bermain badminton kita akan berkumpul dengan rakan-rakan makan roti canai atau makan nasi goreng bersama teh tarik.
Kemudian masing-masing akan timbul rasa bersalah pada tubuh kerana makan setelah penat berhempas pulas bersenam. Adakah benar makan setelah bersenam akan membuat tubuh bertambah gemuk dan senaman menjadi sia-sia?
Menurut Pegawai Dietetik Pusat Perubatan Anson Bay, Nurathirah Abd Mu’as sebenarnya setelah bersenam amat penting kerana dapat membantu tubuh menerima nutrien yang betul dan membantu menghasilkan otot protein dan penyimpanan glikogen. Sumber nutrisi ini juga membantu merangsang penghasilan otot baru.
Makan selepas senaman dapat menggantikan kalori yang anda telah gunakan.
  • Penting untuk menambah glikogen yang telah habis digunakan semasa latihan.
  • Makan makanan berunsurkan protein selepas senaman menjadi kemestian untuk proses pemulihan otot dengan cepat, terutamanya selepas latihan berat badan (weightlifting).
  • Makan makanan yang mengandungi elektrolit (mineral yang perlu dibakar oleh neuron anda), yang perlu diganti akibat kehilangan semasa berpeluh.
Apabila tidak makan selepas melakukan senaman, tubuh boleh mengalami keletihan dan gula dalam darah menjadi rendah. Tanpa kemasukan nutrisi juga menghalang proses pembaikan otot dalam badan. Jika secara rutin mengelak makan selepas melakukan senaman, ia akan menjadi lebih sukar untuk mencapai matlamat kecergasan tubuh badan anda.
Berikut adalah tip pemakanan selepas bersenam;
Pastikan anda makan sesuatu
Badan anda baru saja menggunakan tenaga yang diperlukan untuk mencapai kapasiti yang maksimum. Seeloknya, ambil snek dalam masa 20 minit sebelum daripada latihan senaman, dan kemudian makan makanan yang seimbang 3 jam hingga 4 jam selepas senaman.
Tambahkan dengan karbohidrat dan protein
Semasa bersenam, tenaga telah digunakan daripada glikogen dan memberi kesan kepada otot. Oleh itu, hidangan selepas senaman adalah penting dan anda perlu mengambil makanan yang tinggi dalam karbohidrat kompleks seperti roti bijirin penuh, oat, quinoa dan ditambahkan dengan protein yang sihat seperti tofu, ikan dan sebagainya.
Jangan berlebihan
Pengambilan snek selepas bersenam adalah sangat mudah tetapi perlu berhati-hati dengan kandungan kalori makanan tersebut. Ini kerana kemungkinan kalori makanan tersebut adalah lebih tinggi daripada kalori yang telah dibakar melalui senaman. Cuba untuk menyimpan snek selepas latihan anda sekitar 150 kalori seperti 1 gelas jus epal, dan makan pasca kerja anda di bawah 500 kalori seperti sandwic tuna.
Hidrasi dengan segera
Minum air secukupnya selepas bersenam. Mendapatkan air secukupnya selepas latihan bergantung kepada banyak faktor, iaitu panjang dan intensiti latihan, keadaan persekitaran, dan fisiologi individu.

Post a Comment

0 Comments