Kru Kapal Dedah Apa Yang Terjadi Sebelum Lelaki Ini Ambil Keputusan Gantong Diri

loading...
Loading...
Kru Kapal Dedah Apa Yang Terjadi Sebelum Lelaki Ini Ambil Keputusan Gantong Diri:



Lelaki dipercayai kru kapal bekalan luar pesisir (offshore supply vessel) ditemui dalam keadaan tergantung di sisi kapal dekat Pelabuhan Kemaman, Kemaman, Kuala Terengganu, petang hari ini.

Kejadian dikatakan disedari kapten kapal berkenaan yang ternampak objek manusia berpakaian seragam berwarna oren dalam keadaan tergantung di bahagian sisi kapal itu.

Kru kapal yang ditemui mat1 dalam keadaan tergantung di sisi kapal dekat Pelabuhan Kemaman, Chukai, petang hari ini, baru tiga hari bekerja di kapal bekalan luar pesisir berkenaan.

Lelaki berusia 38 tahun berasal dari Sarawak itu ditemui tergantung oleh rakan sekerjanya, kira-kira 1.30 tengah hari.

Kejadian itu disedari ketika kapal berkenaan mula berlabuh pada kedudukan kira-kira dua batu nautika dari Pengkalan Bekalan Kemaman.

Alami kemurungan

Sumber berkata, sebelum kejadian itu, mngsa yang dipercayai mengalami kemurungan sempat bermesyuarat mengenai kerja bersama kru yang lain di kapal itu.

Katanya, mngsa dan kru yang lain juga sempat makan tengah hari selepas selesai mesyuarat itu sebelum mereka keluar ke dek kapal.

“ Bagaimanapun, selepas 30 minit, seorang kru melihat seorang lelaki berpakaian seragam tergantung sebelum memaklumkan kejadian itu kepada kapten kapal.

“ Kapten kapal berkenaan menghubungi pihak pengurusan pelabuhan sebelum pihak terbabit menghubungi polis jam 2.29 petang,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian, mngsa dikatakan melilit seutas tali di lehernya sebelum terjun kira-kira 10 meter dari kapal berkenaan.

Jerutan yang kuat menyebabkan leher mngsa dikatakan hampir putus malah usaha menaikkan maayat itu mengalami kesukaran berikutan keadaan laut yang bergelora.

Maayat mngsa berjaya dinaikkan kira-kira 6 petang sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mat1 mengejut

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kejadian itu.

Sebelum ini, gambar menunjukkan kelibat manusia berpakaian seragam berwarna oren dalam keadaan tergantung di sisi kapal itu mula tular di laman sosial, sejak petang hari ini.

Lihat video di bawah



Lelaki Itu Berasal Dari Sarawak

Salah seorang pengguna Facebook telah meninggalkan komen di laman page Harian Metro dan memberitahu lelaki tersebut adalah rakyat Sarawak. Dia juga dikatakan mendedahkan punca sebenar kenapa perkara ini terjadi.

Samada benar atau tidak kenyataan pengguna Facebook ini tidak dapat dipastikan. Kita doakan yang baik baik sahaja dan ucapkan takziah kepada keluarga lelaki tersebut. Semoga semua dipermudahkan.

” Salam semua, takziah pada keluarga mngsa. Dikatakan stress puncanya, merupakan seorang penduduk dari Sarawak berlaku di Kemaman. Kami dari pihak offshore mengucapkan takziah pada keluarga mngsa sekali lagi.

” Saudara, jangan buat orang yang kita sayang tidak fokus kerja, sayangilah orang yang benar2 berjuang demi kamu. Jangan patahkan hatinya, beri dia semangat..” tulis individu tersebut

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Post a Comment

0 Comments