Kecoh Lembaga hitam misteri bergambar bersama Mamat Sepah

Kecoh Lembaga hitam misteri bergambar bersama Mamat Sepah

Kecoh Lembaga hitam misteri bergambar bersama Mamat Sepah

Mamat Sepah satu nama yang pernah menjuarai pertandingan lawak seperti Raja Lawak dan juga Maharaja Lawak.

Setelah Shuib dan Jep keluar dari Sepah, kedua mereka menubuhkan kumpulan Sepahtu.
Dalam perkembangan Mamat Sepah, pelawak ini ada membuat satu entry yang agak mencuri perhatian ramai.

Mamat, melalui laman IG miliknya, ada mendedahkan sekeping foto yang menunjukkan kewujudan objek misteri berupa seperti lembaga hitam bergambar di belakangnya.

Menerusi gambar itu Mamat Sepah bersama pelakon lain termasuk Dayana Roza dan Zul Huzaimy sedang bergambar dengan peminat-peminat mereka dalam satu acara permotoran.

Akan tetapi ada kehadiran lembaga misteri di belakang Mamat.

Kata Mamat, gambar itu adalah asli dan tidak disunting.

Ini kata Mamat:
“Peminat dalam diam-diam barangkali…

“Gambar ini adalah original masa spark mini gathering di Penang dan tak di edit,” 
Ini gambar berkenaan:

Para peminat memang terkejut dengan kehadiran lembaga berkenaan yang terus menjadi misteri.

Ada juga yang bergurau dengan mengatakan bahawa hantu pun kini support dan minat dengan Mamat Sepah.

Ada juga peminat yang menulis komen menjelaskan hal berkenaan dan mengatakan rambut Mamat yang panjang telah menghalang muka seroang pemiat di belakanganya meyebabkan wajahnya terlindung dan kelihatan hitam.

Ini komennya:

gvanceinternational: “alah lighting je… org belakang tu tersorok .. nmpk samar2 sbb rambut mamat..”
Sumber: Ig Mamat

Post a Comment

0 Comments