Isteri Tomok jahit beg sekolah Arrian dari kain perca

Isteri Tomok jahit beg sekolah Arrian dari kain perca

Isteri Tomok jahit beg sekolah Arrian dari kain perca

ISTERI kepada penyanyi Tomok, Ayu Abas mendedahkan telah menjahit
sendiri beg untuk bekal
 makanan ke sekolah anaknya, Arrian Shah Akid dari lebihan kain perca.

Ayu berkata dia menyediakan beg itu kepada Arrian kerana anaknya sering
 cuai kerana masih baharu hendak menyesuaikan diri dengan alam
 persekolahan yang kini berada dalam darjah satu.

“Alhamdulillah dapat gak Dibu (Ayu) buatkan lunch bag dari serpihan kain perca...
bukan Dibu kedekut...tapi disebabkan his carelessness dan masih
lagi dalam environment menyesuaikan diri di sekolah.

 “So Dibu upgrade dari paperbag, Dibu buatkan beg yang sama saiz
cuma tambahan tali supaya senang Arrian nak bawak....tupperware
 pun yg RM2 je..kalau tinggal ke hilang ke tak la ralat...

“Jangan hilangkan tau...tapi kalau hilang gak Dibu jahit lagi...
tapi insyaAllah Dibu tau Arrian responsible...” tulisnya.

Ayu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang rata-rata memuji
cara Ayu menyelesaikan masalah anaknya yang sering hilang barang.

Malah tidak kurang juga memuji Ayu kerana pandai menjahit beg sekolah itu sendiri.

Selain Arrian, Ayu dan Tomok turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki
bernama Andrashah Iman.




Post a Comment

0 Comments