Asyik berdebat isu bumi, Suhaimi Saad terima ugutan bunuh

Asyik berdebat isu bumi, Suhaimi Saad terima ugutan bunuh

Asyik berdebat isu bumi, Suhaimi Saad terima ugutan bunuh

NAMA penyanyi nasyid Suhaimi Saad menjadi perbualan hangat di laman sosial sejak minggu lalu disebabkan perdebatan mengenai bentuk bumi yang disifatkannya sebagai rata.
Malah, dia turut berdebat dengan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang berpendapat bahawa bumi itu berbentuk sfera atau lebih tepat adalah geosfera.
Boleh dikatakan setiap kenyataan yang dikeluarkan Suhaimi yang menggelarkan dirinya sebagai SS di media sosial telah mengundang kecaman netizen.

Suhaimi dedah terima ugutan bunuh.
Terbaru menerusi laman Facebook, Suhaimi mendedahkan dia ada menerima ugutan bunuh daripada individu yang menggunakan akaun bernama Hakimi Mohamad.
Menurut Suhaimi, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya individu tersebut tidak membuat permohonan maaf dan memadam komen itu. 
"SS bagi masa tiga jam dari sekarang. Untuk you Hakimi Mohamad padam komen dan mohon maaf atau SS akan buat laporan polis.
"Ingat, darah orang Islam adalah haram. La ilaha illAllah," tulisnya menerusi laman Facebook miliknya pada Isnin.
Berdasarkan komen itu, Individu tersebut mahu memenggal kepala Suhaimi menerusi rakaman secara langsung sekiranya penyanyi kontroversi itu tidak bertaubat.
Suhaimi telah mencetus beberapa kontroversi.
"Kau asyik naikkan amarah netizen. Kau tunggu aku datang Kelantan. Kalau kau tak bertaubat, kepala kau, aku penggal hidup-hidup.
"Rakaman secara langsung akan aku buat sendiri!!! Walllahi!!" tulisnya.
Netizen mula berasa meluat dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Suhaimi menerusi laman sosialnya.
Sebelum ini, Suhaimi mencetuskan beberapa kontroversi iaitu tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mengambil vaksin, dan percaya bumi berbentuk rata.
Pendapat suami kepada Ina Naim itu mendapat perhatian dan reaksi beberapa pakar perubatan dan angkasawan negara.
Malah ada yang beranggapan pemuda ini melakukan kontroversi sedemikian untuk mendapat 'followers' yang tinggi di akaun media sosialnya.
Berikutan tindakan Suhaimi itu, dia direhatkan daripada menyertai konsert Amal 4nomena yang dijadual pada 20 April depan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Selangor.

Post a Comment

0 Comments