Tragedi SUV..."Mak Sangat Sedih,Biarkan Moey Pergi Dengan Tenang"

Tragedi SUV..."Mak Sangat Sedih,Biarkan Moey Pergi Dengan Tenang"

Tragedi SUV..."Mak Sangat Sedih,Biarkan Moey Pergi Dengan Tenang"

ANGGOTA keluarga mangsa yang terbunuh, Moey Yun Peng, 20, selepas SUV yang dipandunya dilanggar oleh kenderaan lain sebelum terhumban jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, menggesa orang ramai agar berhenti membuat spekulasi mengenai insiden itu.
Abang Moey, yang enggan dikenali berkata, keluarganya akan mencari keadilan berhubung kes itu, kerana rakaman video menunjukkan bahawa kenderaan lain hilang kawalan sebelum menghentam kenderaan dipandu Moey pada Ahad.
"Tolong berhenti berspekulasi, dan jangan ganggu kami.
"Biarkan adik saya pergi dengan tenang. Ibu bapa saya sangat sedih," katanya di bilik mayat Hospital Seberang Jaya.
Pemuda itu turut menggesa pihak polis agar menjalankan siasatan sewajarnya, terutama ke atas pemandu kereta yang juga seorang rakan lama Moey.
Mayat Moey dikeluarkan dari bangkai kenderaan selepas pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan kereta itu dari laut di bawah Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 6 petang Selasa.
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, yang mengambil masa hampir tiga jam. - The Star

Post a Comment

0 Comments