Tragedi SUV....Misteri Tiang 56 Jambatan Pulau Pinang Minta Nyawa,Disini Lokasi Sebenar Tiang 56

Tragedi SUV....Misteri Tiang 56 Jambatan Pulau Pinang Minta Nyawa,Disini Lokasi Sebenar Tiang 56

Kisah Urban Legend, Misteri Tiang 56 Jambatan Pulau Pinang

Misteri Tiang 56 Jambatan Pulau Pinang Minta Nyawa,Disini Lokasi Sebenar Tiang 56

 anda pernah berkunjung ke Pulau Pinang, pasti akan melalui Jambatan Pulau Pinang.
Jambatan yang mempunyai jarak hampir 13.5 kilometer itu menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Jikalau anda merupakan penduduk tetap Pulau tersebut pasti anda pernah mendengar kisah seram klasikberkenaan jambatan tersebut.

Gambar sekadar hiasan
Kisah mengenai mistik tiang jambatan yang ke 56 sudah tidak asing lagi kepada penduduk Pulau Pinang.
Diceritakan bahawa pada zaman80 an, ketika mula pembinaan terdapat kesulitan yang sehingga hampir tidak masuk akal yang membantutkan proses pembinaan.
Sehinggakan pemaju akhirnya mengambil jalan mistik untuk menghubungi p5wang dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.
Menurut pawang tersebut, kawasan laut tersebut mempunyai penunggu dan diperintah ketua Jin yang memerintah Selat Melaka. Ketua J1n tersebut berasa terganggu dengan pembinaan jambatan tersebut. Di perut laut tersebut wujudnya seekor buaya putih yang dahagakan d5rah manusia sebagai santapan malam purnama, barulah proses pembinaan berjalan lancar.
Selain itu, dikatakan juga bahawa setiap tiang di jambatan tersebut disumbat kepala manusia yang m4ti ketika aktiviti pembinaan dijalankan, yang tidak lain tidak bukan sebagai santapan bu4ya putih tersebut.
Namun kenapa dalam banyak-banyak tiang, tiang 56 yang paling pua4ka? Kisah tiang 56 ini wujud apabila seorang staff Universiti di Pulau Pinang kehilangan kedua penglihatannya akibat sumpahan tiang tersebut.
Kebanyakan nelayan juga mengelak untuk berada di kawasan tersebut, namun dikatakan kawasan tersebut mempunyai sumber rezeki yang paling banyak berbanding kawasan laut yang lain. Namun, pengalaman para nelayan yang sering terlihat pusaran air seperti wanita tua yang ingin menyedut mangs4nya menjadi kisah ser5m yang tidak terungkai hingga ke hari ini.
Tiang 56 juga digelar tiang mulut puaka oleh kebanyakan nelayan. Hampir 20 nelayan mendakwa mereka pernah cuba disedut masuk ke dalam laut sebesar padang bola sepak ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge juga mendakwa pernah melihat wajah seperti wanita tua muncul tiba tiba sambil membuka mulut seperti ingin menyedut sesuatu. Kakitangan tersebut cuba merakam kelibat tersebut namun gagal akibat cuaca yang tiba tiba buruk. Kakitangan tersebut berjaya diselamatkan oleh nelayan yang melepaskan tembakan daripada senjata api kecemasan.
Jika anda ingin mengetahui dimanakah terletaknya tiang 56 di jambatan pulau pinang, boleh cuba memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul-betul di bawah anda jika memandu 80km/j (kira – kira 2 minit) dari tengah-tengah jambatan. Nak lebih mencabar, bacalah mantera ini jika ingin berjumpa dengan nenek tua tersebut.
Kalam sakti aro bangsawa,
Niang merilik sawo metera,
Ayo sekalian alam tunduk,
Tuanmun bitok jelma,
Serahlah jiwo, serahlah segala,
Salam meliling tuan aro.
Siapakah wanita tua yang digambarkan itu? terus kekal menjadi misteri.
SumberL mforum

Berikutan Gempar lelaki terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang, sambil bersiaran ‘live’

Seorang lelaki mencuri perhatian orang awam, pasukan SAR, petugas keselamatan dan media dengan aksi gempar di jambatan kedua P. Pinang.
Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan kerja-kerja menaikkan kenderaan SUV yang terlibat dalam kem4langan hingga terjun4m ke laut di Jambatan Pulau Pinang, seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi buunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.
Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu.
“Dalam pada kita sibuk melakukan aktiviti menaikkan SUV, pihak Polis Marin telah menerima satu panggilan pada jam 9.30 pagi tadi mengatakan terdapat seorang lelaki telah terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang.
Image may contain: one or more people and water
“Ekoran daripada itu, kita telah menghantar bot ronda kita ke kawasan tersebut untuk mencari dan menyelamat juga.
“Kami tiba lebih kurang 10 minit di kawasan tersebut dan pada ketika itu, m4ngsa sudahpun diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu,” kata Rosman.
Image may contain: one or more people, people sitting, outdoor and water
Lelaki berusia 33 tahun itu turut membuat rakaman video secara langsung ketika terjun dari jambatan.
Sementara itu, menurut pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Marziaddi Mahmud, lelaki tersebut terjun ke dalam laut dikilometer 12.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu kawan.
Kredit Astro Awani
Video;
Suber: astroawani


Post a Comment

0 Comments