PUTERA Philip terselamat dalam kemalangan melibatkan kenderaan yang dipandunya berdekatan Sandringham di timur England.
Suami Ratu Elizabeth itu bersama seorang lagi individu dalam kereta berkenaan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Kerabat diraja Britain berusia 97 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan pesakit luar.
Gambar yang dirakam di lokasi kejadian menunjukkan kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbalik di tepi jalan.
Kejadian pada Khamis itu berlaku ketika Putera Philip cuba keluar dari laluan utama, lapor BBC yang memetik kenyataan beberapa saksi.
"Putera Philip kelihatan terkejut akibat kejadian itu," kata saksi berkenaan.
Istana Buckingham mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan Duke of Edinburgh tidak mengalami kecederaan.
Malahan, Putera Philip dikatakan tidak ke hospital sebaliknya diperiksa doktor selepas kejadian itu dan kemudiannya beliau ke kediaman peribadi milik Ratu Elizabeth di Norfolk.-India Today
0 Comments