Siapa Talipon Altantunya?

loading...
Loading...
Siapa Talipon Altantunya?

Shaariibuu Setev mengakui ada melihat foto anak perempuannya, mendiang Altantuya, dengan beberapa orang yang mahu ditemuinya di Malaysia.

Bercakap sebagai saksi dalam saman RM100 juta keluarga itu berhubung kematian anaknya itu, Shaariibuu berkata beliau melihat foto berkenaan ketika Altantuya melawatnya pada 7 atau 8 Oktober 2006.

Ini tidak lama sebelum dia ke Malaysia.

Shaariibuu berkata semasa lawatan itu, Altantuya memaklumkan kepadanya bahawa dia akan berjumpa dengan "orang besar" di Malaysia.

"Dia hanya sebut nama Razak. Saya tidak tahu Razak (mana), Razak Baginda atau Najib Razak," kata Shaariibuu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekali lagi oleh peguam Ramkarpal Singh jika Altantuya ada memberitahunya siapa yang bakal berjumpa dengannya semasa di Malaysia.


Abdul Razak Baginda adalah bekas kekasih Altantuya, yang juga merupakan orang kepercayaan bekas timbalan perdana menteri Najib Razak.

Shaariibuu berkata ketika Altantuya ke tandas, telefonnya berdering dan ini mendorongnya membuka beg tangan anaknya yang berada di hadapannya.

Di dalam beg itu dia terjumpa sekeping foto.

Shaariibuu: Saya tanya sama ada ini orang-orang yang akan kamu jumpa di Malaysia?

Ramkarpal: Gambar apa dalam foto itu?

Shaariibuu: Saya tanya dia siapa mereka?

Menurut Shaariibuu, anaknya itu menjawap, lelaki berkenaan adalah orang yang akan berjumpa dengannya di Malaysia

Ketika itu, katanya, dia tidak mengenali mereka dalam foto itu.

Sebelum ini, sepupu Altantuya Burmaa Oyunchimeg dalam keterangannya mendakwa dia melihat banyak gambar gadis Mongolia yang dibunuh itu dengan Razak Baginda yang mereka rakamkan di Paris.


Burmaa juga mendakwa ada melihat gambar Altantuya, Razak Baginda, dan Najib dari lawatan yang sama ke Paris.

Peguam pembelaan mempersoalkan sama ada foto dengan Najib itu benar-benar wujud. Burmaa tetap menegaskan bahawa ia sememangnya ada.

Walau bagaimanapun, di mana lokasi gambar berkenaan tidak diketahui.

Post a Comment

0 Comments