Pilu lihat mayat pemandu terperangkap dalam SUV jatuh jambatan

loading...
Loading...
Pilu lihat mayat pemandu terperangkap dalam SUV jatuh jambatan

GEORGE TOWNKenderaan SUV Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang akhirnya berjaya dinaikkan sekitar jam 5.50 petang tadi.

Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama mangsa, Muey Yun Peng, 20 tahun yang masih berada di tempat duduk penduduk.

Usaha menaikkan kenderaan itu terpaksa mengambil masa lebih 24 jam selepas dijumpai pada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang kira-kira 4 petang Isnin.

SUV
Operasi membawa naik SUV berkenaan melibatkan lebih 41 penyelam. - Foto Astro AWANI





Kenderaan itu berjaya dinaikkan pada percubaan kali kedua selepas percubaan kali pertama jam 5 petang gagal akibat tali tercabut dari cangkuk.

Operasi SAR  untuk menaikkan kenderaan itu bermula kira-kira pukul 7 pagi tadi, namun terpaksa ditanguhkan pada sebelah petang  akibat arus air laut yang deras selain faktor penglihatan penyelam pada paras sifar.

Pengarah Koordinasi SAR, Laksamana Pertama Maritim, Rozali Mohd. Said dalam sidang media  terdahulu  berkata, operasi  disambung  selepas jam 3 petang  kerana mengikut jadual pasang surut air laut menunjukkan pada masa tersebut adalah 'slack water' atau air tenang.

Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa  dilakukan  pasukan penyelamat di atas Jambatan Pulau Pinang sejurus kenderaan itu berjaya diangkat.


Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut pada  jam 6.36 petang dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.


Atas sebab menjaga perasaan dan sensitiviti waris mangsa, Astro AWANI tidak dapat menayangkan imej pemandu berkenaan.

Post a Comment

0 Comments