Mayat Dalam SUV Masih Sempurna, Tapi Mangsa Kelihatan Bertungkus Lumus Untuk Melepaskan Diri

Mayat Dalam SUV Masih Sempurna, Tapi Mangsa Kelihatan Bertungkus Lumus Untuk Melepaskan Diri

Mayat Dalam SUV Masih Sempurna, Tapi Mangsa Kelihatan Bertungkus Lumus Untuk Melepaskan Diri

POLIS mengesahkan identiti mangs4 yang ditemui dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih adalah Moey Yun Peng.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narensagaran berkata, pengesahan itu dilakukan susulan daripada penemuan dompet m4ngsa dalam seluarnya ketika m4yat berjaya dikeluarkan.


mayat mangsa tiba di Hospital Seberang Jaya. FOTO Rosi Ahmad

Menurutnya, may4t mangs4 berusia 20 tahun ditemui masih sempurna namun membengkak kerana berada dalam air sejak tiga hari lalu.

“Kita pasti mangs4 yang ditemui dalam kenderaan terbabit adalah Moey berdasarkan identitinya.

“May4tnya berada dalam keadaan baik walaupun kenderaan itu rosak teruk kerana dia memakai tali pinggang keledar.

“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada anggota keluarga,” katanya kepada pemberita di Jambatan Pulau Pinang, petang tadi.
Beliau sudah memeriksa bangkai SUV terbabit.

Narensagaran berkata, seramai 29 pegawai dan 127 orang petugas, bersama 40 penyelam, terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat selama tiga hari itu.

Sebanyak 14 bot juga digunakan.

Beliau berkata, mereka berada di laut sejak 9 pagi hari ini tetapi hanya berjaya mengeluarkan kenderaan itu pada jam 6 petang.

“Kami berada di sini selama tiga hari tetapi kerana keadaan cuaca dan arus bawah laut, kami menghadapi beberapa masalah,” katanya.

Ditanya sama ada beg udara kenderaan berfungsi, beliau berkata ia memang berfungsi.
Sebelum ini, SUV yang terjatuh ke laut itu berjaya ditarik.

Kenderaan yang rosak t3ruk itu ditarik menggunakan kabel yang dipasang pada kren, kira-kira jam 6 petang.

Tubuh mangs4 masih berada di tempat duduk pemandu.

Sumber; hmetro

Setelah berjaya Dinaikkan, Ini Keadaan Mangs4 Yang Kelihatan Bertungkus Lumus Untuk Melepaskan Diri

SELEPAS tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), SEBUAH kereta SUV yang terhumban ke laut selepas terlibat dalam kem4langan di Jambatan Pulau Pinang akhirnya berjaya dinaikkan.

Image may contain: sky, outdoor and water

Pasukan penyelamat memulakan operasi menaikkan kenderaan itu kira-kira pukul 5.45 petang Selasa.

Kenderaan itu akhirnya berjaya dinaikkan kira-kira 20 minit kemudian menggunakan empat kabel yang dipasang pada sebuah kren.

Mayat pemandu kenderaan terbabit Moey Yun Peng turut dilihat berada dalam kenderaan yang rosak teruk itu.

Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama m4ngsa, Muey Yun Peng, 20, yang masih berada di tempat duduk pemandu.

Ketika ini, usaha mengeluarkan mayat m4ngsa sedang dilakukan pasukan penyelamat di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bed4h siasat.
                       Image may contain: one or more people and car

Percubaan pertama menaikkan SUV tersebut petang Isnin gagal selepas satu tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut.

Penyelam kemudian turun sekali lagi dan berjaya menyangkut tali pada badan kenderaan itu.

Orang ramai berkumpul di lokasi untuk melihat operasi menaikkan kenderaan tersebut.
Orang ramai yang berada di atas jambatan turut bersorak gembira sejurus melihat Mazda CX-5 itu dinaikkan.

Kenderaan tersebut berjaya berjaya dikesan iaitu berada di tiang 34 kilometer 40 Jambatan Pulau Pinang iaitu kira-kira 30 meter dari kenderaan itu tercampak iaitu pada tiang 30, petang Isnin.

Usaha menaikkan kenderaan itu hari ini bermula kira-kira pukul 7 pagi tadi lagi dengan seramai 41 penyelam daripada empat agensi turun ke dalam laut bagi mengikat tali pada badan kenderaan itu.

Bagaimanapun, usaha itu hanya berjaya dilakukan kira-kira pukul 4 petang tadi berikutan arus di bawah laut yang agak deras selain faktor penglihatan penyelam pada paras sifar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi Ahad lalu, kenderaan itu tercampak ke dalam laut selepas dirempuh sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu secara laju dan melulu dari arah pulau ke Seberang Perai.

Netizen turut melontarkan beberapa komen simpati dan ada juga memuji tindakan bomba
“Ya boleh tengok dia cuba utk lepaskan diri. Tetapi gagal mungkin sbb dia tersekat tu yg susah keluar ditambah air laut pun dah masuk dalam kereta sehingga menyebabkan dia lemas. Kesian dia. Kesian keluarga dia”

Tarmizi Roy Berjaya juga akhirnya bila diizinkan allah,, aamiin

Ina Putera Sedih walupun berbeza agama.turut rasa kesedihan

Syafiq A Hakim Ismail Harap gambar tu di sensorkan.

Biarpun dia Cina, kita kena horm4ti si m4ti.

Diluar gambar lain, dalam gambar lain.

Salam takziah dari saya sekeluarga

Cik Yasmin Tahniah buat anggota dan jabatan yg terlibat …takziah buat ahli keluarga m4ngsa …benda ni patut jadikan pengajaran .buat kaum Cina India dan Melayu/Islam atau semua …arak punca utama kem4tian m4ngsa …dia masih muda…please kawal pengambilan arak yg berlebihan …supaya tiada m4ngsa ke 2/3/4/5 dan seterusnya.

Izzah Zainal Tak dapat bygkn situasi di saat dia bersama keretanya terhumban di laut.. Mungkin dia kena hentakkn di kepala sbb tu dia tak boleh nk buat apa2..walau lainan agama.. Turut sedih dgn kejadian tu.. Harap keluarganya tabah menghadapi dugaan ini

Ini Status terakhir mangs4 yang meruntun jiwa

                                      Image may contain: one or more people, ocean, text and water

Mayat mangsa masih sempurna biarpun terperangkap 3 hari



GEORGE TOWN – Mayat mangsa dalam kemalangan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke dalam laut Ahad lepas ditemukan dalam keadaan masih sempurna biarpun sudah terperangkap di dalam kenderaan itu hampir tiga hari.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T. Narenasagaran berkata mayat pelajar kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu semasa kenderaan itu berjaya dikeluarkan dari laut kira-kira pukul 6.00 petang tadi di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang di sini.
“Kereta remuk teruk akibat kemalangan, namun (keadaan) fizikal mangsa masih sempurna dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.
Katanya operasi untuk mengeluarkan kenderaan itu mengambil masa selama tiga hari dan berdepan beberapa kesukaran yang antaranya termasuk faktor cuaca dan arus laut yang deras.- BERNAMA

Sumber: mstar, utusan

Post a Comment

0 Comments