Najib terpaksa beri ucapan atas meja 'ping pong'?

Najib terpaksa beri ucapan atas meja 'ping pong'?

Najib terpaksa beri ucapan atas meja 'ping pong'?:



Najib%2B%25281%2529.png

Tular di media sosial gambar dan video bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak memberi ucapan di aras bawah tanah bangunan Residensi Kerinchi KL Gateway di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Dalam sesi ramah mesranya bersama kira-kira 150 penyokong, beliau kelihatan

berdiri di atas sebuah meja 'ping pong'.

Jika sebelum ini beliau tidak mempunyai masalah untuk menempah mana-mana dewan untuk membuat perjumpaan dengan penyokongnya, kini keadaan jauh berbeza.





“Nasib bila kita dah kalah, kita kena jumpa dalam basement.

“Dulu kita boleh berkumpul dalam dewan, sebut sahaja mana-mana dewan, tapi hari ini apakan daya nasib kita.

“Nasib baik dapat basement, (kalau tidak) mungkin kena duduk jumpa tepi jalan kot,” kata Najib lagi dalam nada berseloroh.

Melalui carian kami di internet, meja yang dikatakan sebagai meja 'ping pong' itu sebenarnya adalah 'mobile fordable stage' iaitu 'pentas mudah alih'.



1.jpg
mobile fordable stage



najib%2Bmeja%2B%25281%2529.png
Najib kelihatan seolah-olah duduk di atas meja 'ping pong' sebelum memberi ucapan kepada penyokong beliau.

Jelas kelihatan meja itu lebih rendah dari bangku plastik, manakala meja ping pong yang sebenar adalah lebih tinggi.

Jadi sebenarnya tidak betullah beliau menggunakan meja 'ping pong', sebaliknya meja itu adalah pentas mudah alih yang memang digunakan khas sebagai pentas. - Malaysian Update





Post a Comment

0 Comments