Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini

loading...
Loading...
Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini

BUTTERWORTH: Keluarga pemandu SUV Mazda CX 5 yang maut terhumban ke laut dalam kemaalangan di Jambatan Pulau Pinang Ahad lepas belum bersedia untuk bertemu dengan pemandu Toyota Vios buat masa sekarang.

Abang mendiang Moey Yun Peng yang mahu dikenali sebagai Dennis berkata, buat masa ini keluarganya masih dibelenggu kesedihan dan tidak terfikir untuk bertemu dengan pemandu yang juga rakan maangsa atau keluarganya.

Malah pihak keluarga juga meminta diberi ruang untuk bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan menentukan hukuuman yang akan dikenakan terhadap pemandu berkenaan.

“Sedih memang sedih, siapa tidak sedih kehilangan orang tersayang, tapi kita sudah terima pemergiaan adik, tetapi apa hukuman kepada pemandu itu kita serahkan kepada pihak polis” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Kempas, Butterworth pada Rabu.

Dalam pada itu, keluarganya memaklumkan tidak akan menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini kerana masih berkabuung dan sedih dengan kejadian menimpa mendiaang.

Menurut Dennis, walaupun telah membuat persiapan termasuk membeli pakaian baharu dan menghias rumah, namun semua itu terpaksa dilupakan.

Sumber: astro awani

GEORGETOWN: Pemandu kereta Toyota Vios hitam yang terbabit dalam kem4langan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terjuunam dalam laut menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), hari ini.

Ketua Polis daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pemandu berusia 21 tahun itu dibawa oleh ahli keluarganya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik pada jam 2 pagi.

Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sehingga kini, kita sudah merekod keterangan daripada 15 individu terdiri daripada saksi-saksi yang melihat kejadian itu.

“Suspek kemungkinan akan dibebaskan dengan jaminan polis petang ini sekiranya kita selesai mengambil keterangan daripadanya,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata hasil bedah siasat yang dilakukan selama tiga jam mendapati mangsa menin ggal dunia akibat lemaas kerana tenggelam dalam laut selepas kemalaangan itu berlaku.

Dalam kejadian jam 2.40 pagi Ahad lalu, pemandu SUV putih, Moey Yun Peng, 20, maaut selepas kenderaan dipandunya terjuunam dalam laut akibat kemaalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang.

Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, mayaat maangsa dan kenderaannya berjaya dinaikkan menggunakan kren jam 5.50 petang semalam.
Sumber: bharian

Hentikan Penyebaran Gambar Kematian Mendiang, Biarlah ‘Imej’ Yang Baik Ditinggalkan”-Rintihan Sayu Keluarga Yun Peng


BUTTERWORTH: Keluarga pemandu SUV Mazda CX-5 yang maaut terhuumban ke dalam laut Ahad lepas meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebarang gambar dan video kemastian mendiang Moey Yun Peng demi menghormati sensitiviti keluarga.

Abang masngsa yang mahu dikenali sebagai Dennis, berkata, penyebaran gambar khususnya di laman media sosial itu akan lebih menyeedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan masngsa dalam keadaan tidak elok.

Menurut Dennis, ibu dan ayahnya yang berusia dalam lingkungan 60-an juga telah dapat menerima kejadian yang menimpa adik bongsunya itu dan keluarga berharap orang ramai tidak terus membuat spekulasi terutama menuduh Moey berluumba dengan rakannya sehingga berlaku kemalaangan awal pagi Ahad itu.

‘Sudah tentu kami sedih, sebab gambar gambar itu sudah tersebar, kami mohon supaya semua penularan gambar itu dihentikan, dia sudah ‘pergi’ biarlah imej yang baik ditinggalkan’.

“Beri ruang kepada keluarga untuk bertenang kerana masih bersedih, dan kami sekeluarga menyerah kepada pihak polis untuk jalankan siasatan terperinci sama ada benar mereka berluumba atau tidak ” katanya yang kelihatan tenang ketika ditemui di kediamannya di Taman Kempas, Butterworth .

Pihaknya juga menzahirkan ucapan penghargaan tidak terhingga buat semua pihak khususnya seluruh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus lumus mencari kereta dipandu adiknya sebelum berjaya membawa naik ke atas Jambatan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, ahli keluarga memohon maaf kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khususnya pengguna Jambatan Pulau Pinang yang terkesan dan terperangkap dalam kesesaakan jalan raya sepanjang operasi menaikan kereta dan mayaat adiknya sejak dua hari lalu.

Beliau berkata upacara pengebuumian mendiang akan diadakan di Tanah Perkubuuran Cina Berapit pada jam 10 pagi Khamis.

Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad, SUV jenis Mazda CX-5 yang dipandu Moey, seorang penuntut kolej swasta, terhuumban ke laut selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios dalam kemalaangan di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang.

Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan maayat Moey dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam sebelum berjaya dikeluarkan Selasa petang.

Maayat maangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang, ditemukan dalam SUV yang remuuk itu semasa ditarik keluar dari laut pada jam 6.07 petang, Selasa.
Sumber: astroawani

Post a Comment

0 Comments