Apa Sudah Jadi Dengan Rumahtanngga Tunku Aminah Dan Suaminya Dennis?

Apa Sudah Jadi Dengan Rumahtanngga Tunku Aminah Dan Suaminya Dennis?

Apa Sudah Jadi Dengan Rumahtanngga Tunku Aminah Dan Suaminya Dennis?

KHABAR angin bertiup kencang mengenai rumah tangga Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah kini berantakan.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak benar dan segera dinafikan oleh keluarga diraja Johor selain menyifatkan ‘serangan’ itu berniat jahat.
Keluarga Diraja Johor berasa kecewa terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin tidak berasas mengenai kehidupan peribadi mereka.
Dalam satu kenyataan kepada Pejabat Media Diraja Johor, Tunku Aminah menyuarakan rasa kurang senang terhadap khabar angin yang disiarkan di media sosial mengenai rumah tangganya.
Ini termasuk dakwaan mengenai ‘urusan perniagaan’ membabitkan produk penjagaan kulit dan pelangsingan.
“Saya dan suami berbahagia, bertentangan dengan apa yang dikatakan menerusi khabar angin.
“Saya juga tidak menyokong mana-mana produk seperti yang ditulis oleh pihak tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan nama saya untuk meraih perhatian,” katanya.
Kenyataan penafian berhubung dakwaan membabitkan Tunku Aminah dan suami, Dennis.
Halaman Facebook The Royal Johor pada malam Rabu turut memuat naik paparan skrin posting mengenai khabar angin bahawa Tunku Amin mempertimbangkan untuk mengakhiri hubungannya bersama Dennis.
Menurut kenyataan itu juga, aduan dilaporkan kepada laman sosial Facebook tidak mengambil tindakan serta-merta.
“Keluarga Diraja Johor berharap tindakan segera akan diambil oleh Facebook untuk menarik kandungan berniat jahat, sejajar dengan ikrar syarikat itu untuk memastikan berita palsu ditangani dengan tegas,” tambah kenyataan itu.
Tunku Aminah yang merupakan puteri tunggal Sultan Johor mendirikan rumah tangga dengan Dennis warganegara Belanda pada 14 Ogos 2017.

Post a Comment

0 Comments