Di Sebalik Kegembiraan Pasukan Harimau Malaya Meraikan Kemenangan Di Blik Persalinan, Kelihatan Syahmi Sdang Bersedih Di Belakang.

Di Sebalik Kegembiraan Pasukan Harimau Malaya Meraikan Kemenangan Di Blik Persalinan, Kelihatan Syahmi Sdang Bersedih Di Belakang.

Di Sebalik Kegembiraan Pasukan Harimau Malaya Meraikan Kemenangan Di Blik Persalinan, Kelihatan Syahmi Sdang Bersedih Di Belakang.:





Malam tadi kita menyaksikan kemenangan pasukan Harimau Malaya menentang juara bertahan, Thailand bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Thailand.

Gol yang diperolehi hasil jaringan daripada Muhammad Syahmi Safari dan Norshahrul Idlan Talaha dapat menyamakan kedudukan 2-2 dan seterusnya memberi kemenangan kepada pasukan Malaysia.

Keputusan seri itu sudah memadai untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Saat paling mendebarkan apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan Thailand kerana kesalahan daripada Syahmi pada minit-minit terakhir perlawanan.

Namun nasib masih menyebelahi Malaysia apabila apabila sepakan penalti yang diambil Adisak Kraisorn, melepasi palang gol Malaysia dan akhirnya keputusan seri itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Tahniah kepada semua pemain Harimau Malaya. Anda sudah lakukan yang terbaik. Kekalkan prestasi, baiki kekurangan dan fokus pada perjuangan yang seterusnya.

Syabas juga diucapkan atas sokongan padu rakyat Malaysia terutama sekali Ultras Malaya yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada pasukan negara setiap kali perlawanan diadakan di stadium.

Yang terbaru, Zaquan Adha memuatnaik rakaman video pasukan Harimau Malaya meraikan kemenangan di bilik persalinan. Turut kelihatan Syahmi sedang bersedih dengan apa yang berlaku pada perlawanan malam tadi sehingga membolehkannya mendapat kad merah.









Baca perkongsian Zaquan dan tonton video di bawah :



Bila Harimau bangkit dari mimpi ngeri. Hahaha. #HarimauMalaya

Posted by Gosip Hub on Wednesday, December 5, 2018
” Alhamdulilah.. semoga kemenangan ini tidak menjadikan kami org yg riak.. perjuangan masih belum tamat.. well done guys.. “

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Zaquan dan semua pemain Harimau Malaya. Antara komen-komen netizen :

” Apek gaya xleh tahan tu.. possing seketika sambil headbanging kecil.. hahahahaha.. “

” Kesian tgok syahmi tu.. xpe bro.. baekk dah game td.. red card dont care.. congrats captain !! Harimau tidur lena lah malam ni.. org sana pulak nightmare mimpi nang nak.. “

” Oklah syahmi buat hand…. Kalau tak hand mungkin bleh gol thailand tu….. Hehe.. “

” Kesian syahmi kt belakang tu capt @zaqone_08.. “

” Tahniah terbaik hebat bt bosku2 semua menjadi kebanggaan rakyat malaysia menghadiahkan malaysia mara ke final.. “

” Alhamdulillah tahniahhh…. Smoga kemenagan berpihak pda negara kite lagik.. Trima ksih player malaysia.. Jasa mu d kenang utk rakyat malaysia… “

” Cheer kan si syahmi tu ahahhahaha takpe la bro hg dah sedekahkan goal kot kat msia lawa lagi.. “

” Ada hikmah kenapa syahmi angkat tgn dan penalti.. sudah ditakdirkan kita ke final. Kalaulah tak kena tgn dia mngkin bola tandukan adisak gol. Kita mrncang Allah pun mrncang Allah lah sebaik-baik perancang.. “

Kepada Syahmi, janganlah bersedih hati. Anda adalah seorang hero dan penyelamat. Mungkin betul kata salah seorang yang memberi komen di atas, jika bola tidak terkena tangan Syahmi, berkemungkinan Thailand memperolehi gol. Ada hikmah setiap apa yang berlaku.

All the best Harimau Malaya untuk final nanti. Semoga menghadiahkan kemenangan kepada rakyat Malaysia. Ayuh Malaysiaku !! Silakan SHARE..

Sumber : IG Zaquan Adha Kredit: Berita Kopak, memorikini.con

Post a Comment

0 Comments